Skip to main content

Singapura

Lebih ramai pekerja berpendapat tempat kerja adil, progresif

Lebih ramai pekerja di Singapura berpendapat tempat kerja mereka melakukan amalan-amalan adil dan progresif berbanding sebelum pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Aug 2021 05:26PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 09:22PM

SINGAPURA: Lebih ramai pekerja di Singapura berpendapat tempat kerja mereka melakukan amalan-amalan adil dan progresif berbanding sebelum pandemik.

Untuk meluaskan pelibatan masyarakat, sebuah kumpulan tiga pihak akan ditubuhkan untuk meneliti dan membincangkan isu-isu di tempat kerja.

Sebanyak 27 syarikat dan individu diiktiraf atas amalan pekerjaan yang adil dan progresif.

Menurut tinjauan perikatan tiga pihak TAFEP ke atas para pemenang dan mereka yang disenarai pendek, lebih 80 peratus responden berkata diskriminasi berdasarkan usia tidak berlaku di tempat kerja masing-masing - naik daripada 69 peratus pada 2018.

Menurut Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng, majikan yang progresif akan membuat penyesuaian di tempat kerja menurut keperluan kerjaya dan kehidupan pekerja yang berbeza-beza.

Dengan berbuat demikian, syarikat-syarikat boleh memanfaatkan tenaga kerja yang lebih berdaya hasil.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita