Lebih ramai pekerja bank SG akan dilatih cegah warga tua terpedaya dengan skim kewangan palsu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai kakitangan bank di barisan hadapan bakal dilatih untuk mengecam tanda-tanda penderaan kewangan dalam kalangan golongan warga emas.
Ini dilakukan di bawah usaha yang diperluaskan oleh penyedia latihan NTUC LearningHub.
Sebagai permulaan, UOB akan meningkatkan kemahiran 400 kakitangannya menjelang akhir tahun ini.
Semuanya dengan matlamat untuk menangani peningkatan kes-kes sedemikian di merata negara.
Antara latihan termasuk melakonkan senario untuk memahami cara mengesan dan menghentikan penderaan kewangan yang berlaku dalam kalangan anggota keluarga.
Antaranya, dengan meneliti gerak-geri pelanggan warga emas yang terdesak atau terlalu takut untuk bersuara.
Penolong Pengurus Cawangan di UOB Jurong Point Sebastian Loh berkata: "Biasanya, mereka sudah dipesan oleh anggota keluarga mereka. Jadi bila mereka datang, si pendera turut mengiringi mereka.
"Jadi, amat sukar bagi kami untuk beritahu mereka secara langsung atau bertanyakan soalan, yang mereka mungkin akan mengelak juga."
Kes-kes termasuk mengeluarkan jumlah wang yang besar dan penutupan akaun secara mendadak atau menambah nama pemegang akaun baharu di bawah tekanan.
Dalam tempoh enam bulan lalu sahaja, UOB mengesan insiden sedemikian naik seganda berbanding tahun lalu.
Pengarah Urusan, Saluran Kumpulan dan Pendigitalan, UOB Benny Chan berkata: "Ia sering berlaku dan kurang diketahui jika anda tanya saya. Penipuan, saya rasa, semakin mendapat perhatian tetapi ini adalah masalah sosial sebenar.
"Saya rasa ia lebih rumit berbanding kes penipuan kerana ini angkara anggota keluarga sendiri."
Bank-bank lain turut menyaksikan masalah sedemikian meningkat dan kini berusaha untuk melatih kakitangan masing-masing bagi menangani isu kompleks yang melibatkan keluarga.
Pihak UOB juga akan berganding bahu dengan Pusat-pusat Penuaan Aktif lewat tahun ini bagi meningkatkan kesedaran awam dan membimbing warga emas tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan bantuan.
Kes-kes sebegini dijangka menjadi semakin meruncing sedang penduduk Singapura menjadi semakin menua.

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.