Lebih ramai pegawai penguatkuasa dikerah ke Chinatown jelang Tahun Baru Cina
Lebih ramai duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasa akan dikerahkan ke Chinatown pada tiga hujung minggu menjelang sambutan Tahun Baru Cina, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Sabtu (15 Jan).
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Lebih ramai duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasa akan dikerahkan ke Chinatown pada tiga hujung minggu menjelang sambutan Tahun Baru Cina, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Sabtu (15 Jan).
Tiga hujung minggu itu ialah 14 Januari hingga 16 Januari, 21 Januari hingga 23 Januari dan 28 Januari hingga 31 Januari.
STB menyatakan ia akan bekerja rapat dengan pihak-pihak berkuasa lain untuk memantau kesesakan pengunjung di Chinatown. Langkah-langkah tambahan semasa waktu sibuk akan dilaksanakan jika perlu.
Langkah-langkah itu termasuk: Menutup laluan pejalan kaki ke Pagoda Street dari New Bridge Road, mengehadkan pengunjung yang masuk dari Exit A di stesen MRT Chinatown di Pagoda Street dan menutup Temple Street kepada kenderaan.
"STB sedang bekerjasama dengan Persatuan Perniagaan Chinatown dan agensi-agensi pemerintah berkaitan untuk memastikan kedai dan tempat makan tidak menjalankan operasi di laluan pejalan kaki, yang mungkin menyukarkan pengunjung untuk menjaga jarak selamat," menurut STB.
"Ini termasuk tempat-tempat popular di New Bridge Road, Pagoda Street dan Trengganu Street."
Ia juga menggalakkan orang ramai supaya merancang kunjungan mereka ke Chinatown dan datang berbelanja pada waktu kurang sibuk. Mereka juga diingatkan agar sentiasa mematuhi langkah pengurusan selamat sedia ada seperti memakai pelitup, mengekalkan jarak selamat 1 meter dan berada dalam kumpulan tidak lebih daripada lima orang.
"Kami menggesa orang ramai supaya mengamalkan tanggungjawab sosial bagi membolehkan semua orang menikmati musim perayaan ini dengan selamat," menurut STB.
Bagi mengelakkan kesesakan, orang ramai boleh membeli produk Tahun Baru Cina di sebuah bazar online yang dianjurkan Kelab Masyarakat Kreta Ayer dan Shopee. Bazar online itu bermula pada Isnin (17 Jan).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.