Lebih ramai orang mohon perlindungan muflis di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai orang di Singapura memohon perlindungan muflis, dengan jumlah permohonan sehingga November tahun ini sudah menjangkaui jumlah tahun lalu.
Seramai 3,380 orang sudah memohon perlindungan muflis setakat tahun ini, iaitu lebih tinggi daripada setiap tahun dalam dua tahun yang lalu.
Perangkaan itu bagaimanapun kekal di bawah paras yang diperhatikan pada 2019, sebelum bermulanya wabak COVID-19.
Sebaik saja perlindungan muflis diluluskan, sebarang tindakan undang-undang terhadap individu muflis mungkin tidak diteruskan.
Hutang mereka juga dibekukan dan tidak boleh terkumpul.
Walau bagaimanapun, bayaran balik bulanan yang ditentukan oleh Pemegang Serah Hak Rasmi, masih mesti dibuat oleh individu muflis.
Menurut para penganalisis, kenaikan dalam bilangan mereka yang muflis di Singapura adalah disebabkan oleh gandingan banyak faktor.
Profesor Lawrence Loh, pengarah Pusat Tadbir Urus & Kemampanan di Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS), menarik perhatian bahawa dunia baru saja pulih dari pandemik COVID-19. Lantaran itu, beliau menambah bahawa terdapat "kesan kumulatif kelembapan dan banyak langkah sokongan yang berakhir".
Data Kementerian Undang-Undang menunjukkan bahawa orang ramai kini mengalami masa yang lebih sukar untuk membayar hutang sedia ada.
Kurang daripada 1,000 orang sudah dilepaskan daripada muflis setakat tahun ini, yang mana ia menandakan bahawa hutang sudah dilunaskan sepenuhnya atau pemiutang sudah menerima tawaran penyelesaian.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.