Lebih ramai orang di SG cari rawatan tangani ketakutan naik pesawat susuli insiden SQ321
Anggaran Waktu Membaca:
Para penumpang melalui dewan transit keberangkatan Lapangan Terbang Changi pada 14 Mac 2024. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Lebih ramai orang di Singapura mendapatkan rawatan bagi aerofobia, atau perasaan takut untuk menaiki pesawat.
Ia termasuk rasa tidak selesa dan dicenglam rasa cemas teruk yang disebabkan satu-satu fikiran atau ketika seorang menaiki pesawat.
Meskipun pakar penerbangan berkata penerbangan merupakan antara bentuk perjalanan paling selamat, beberapa penyedia perkhidmatan memberitahu Mediacorp bahawa mereka menyaksikan kenaikan dalam jumlah mereka yang berusaha untuk menangani ketakutan tersebut.
Pada 21 Mei, SQ321 dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia mengalami gelora udara ekstrem di Lembangan Irrawaddy, Myanmar.

Beberapa hari kemudian, penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Dublin, Ireland, juga mengalami gelora udara yang menyebabkan beberapa orang cedera.
Klinik pakar psikologi Psych Connect biasanya menerima pertanyaan tentang aerophobia setiap beberapa bulan sekali, namun ia kini mendapat sekurang-kurangnya dua pertanyaan setiap hari.
Pengasas klinik itu, Dr Sanveen Kang, berkata bahawa insiden Qatar Airways "memburukkan lagi keadaan" bagi meraka yang menganggap insiden SQ321 jarang berlaku.
Disebabkan saiz Singapura yang kecil, ramai orang meninggalkan negara ini untuk bercuti, tambahnya.
PENYAKIT "MENGASINGKAN INDIVIDU"
Walaupun seseorang tidak berada dalam penerbangan yang terjejas, mereka mungkin mengalami aerofobia selepas mendengar pengalaman penumpang lain, serta membaca tentang cabaran yang mereka hadapi, kata Dr Kang.
Aerofobia menjejas kira-kira lima peratus daripada orang ramai. Ia menyebabkan beberapa gejala, termasuk sakit kepala, rasa tidak selesa, jantung berdebar atau berpeluh.
Mengenai sama ada sesetengah individu sukar untuk mendapatkan bantuan kerana ia dianggap sebagai isu 'yang jarang dibincangkan', Dr Kang berkata aerofobia adalah penyakit yang "mengasingkan individu" sehingga boleh menimbulkan rasa malu, kerana pengangkutan menerusi penerbangan adalah perkara yang biasa.
Sejak dua insiden itu, pakar penerbangan menegaskan bahawa gelora udara yang mengakibatkan kecederaan serius dan kematian jarang berlaku.
Menurut data terkini Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), 2023 disenaraikan antara tahun paling selamat dalam sektor penerbangan. Hanya satu penerbangan mengakibatkan kematian daripada kira-kira 37 juta penerbangan.
Pakar terapi seperti Cik Siti Mariam berkata penyakit itu boleh dirawat.
Pakar menggunakan pelbagai teknik seperti berkongsi ketakutan tersebut, dan juga menggunakan seni untuk membantu pelanggan menangani fobia mereka.
Dr Kang mencadangkan cara-cara untuk menenangkan diri, serta senaman pernafasan serta teknik menyibukkan diri.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.