Lebih ramai murid tunjuk minat & bakat dalam Sayembara Bahasa, jumlah peserta naik 18%
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Teo Chee Hean)
SINGAPURA: Lebih ramai pelajar menyertai Sayembara Bahasa yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa tahun ini.
Edisi kedua acara itu melihat peningkatan sebanyak 18 peratus jumlah peserta tahun ini berbanding tahun lalu.
Acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias pada Sabtu (24 Ogos) itu berjaya menarik penyertaan 234 pelajar dari enam Sekolah Rendah di daerah Pasir Ris.
Istimewanya tahun ini, kategori baharu iaitu 'syair' dipertandingkan.
Peraduan itu diharap dapat menyemai rasa cinta dan minat terhadap bahasa dan sastera Melayu dan secara tidak langsung menonjolkan bakat mereka dalam kebolehan membaca, bertutur dan lakonan.
Ia juga bertujuan untuk memperkasa dan menggalakkan penggunaan bahasa Ibunda dalam kalangan pelajar melalui persembahan sketsa-sketsa, deklamasi puisi dan nyanyian.
Sekolah Rendah Casuarina dinobat sebagai juara keseluruhan bagi peringkat darjah satu dan dua manakala Sekolah Rendah Pasir Ris digelar juara bagi peringkat darjah 3 dan 6.
ACARA SAYEMBARA BAHASA UNIK BUAT PENDUDUK PASIR RIS
Acara Sayembara Bahasa itu diadakan sempena Bulan Bahasa dan dianjurkan bersama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Pasir Ris dan Sekolah Rendah Casuarina.
Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Sharael Taha gembira melihat sambutan dan sokongan para penduduk kawasan itu untuk sama-sama melestarikan bahasa dan budaya Melayu.
"Acara Sayembara Bahasa ini adalah acara yang sangat unik untuk kita di Pasir Ris ini. Tidak ada tempat lain yang ada acara seperti ini. Saya gembira bahawa kita mengambil peluang masa untuk meraikan dan mempelajari bahasa nasional kita, bahasa ibunda kita.
"Bahasa kita adalah sebahagian daripada budaya dan adat kita dan ia membentuk bahagian penting dalam identiti kita," kata Encik Sharael.
Beliau juga teruja melihat bakat dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan para pelajar.
Begitu juga Menteri Kanan Teo Chee Hean yang juga penasihat bagi GRC yang turut hadir untuk memeriahkan lagi acara itu.
"Saya gembira dapat melihat pelajar-pelajar kita diberikan peluang untuk meluahkan kreativiti dan kemahiran bahasa mereka dan saya juga gembira dengan dorongan ibu bapa dan guru-guru yang terus memberikan galakkan kepada pelajar kita.
"Kepada semua pelajar kita, saya harap anda rasa seronok dan gembira pelajari bahasa Melayu dengan rakan-rakan anda," kata SM Teo.
Encik Teo yang menyampaikan ucapannya itu dalam bahasa Melayu juga mengajak masyarakat untuk belajar dan pertingkatkan bahasa Melayu seperti Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
"Beberapa hari lalu, Perdana Menteri baharu kita, Encik Lawrence Wong juga sedang bekerja keras untuk mempelajari bahasa Melayu, marilah kita sama-sama belajar untuk mempertingkatkan bahasa Melayu kita," kata SM Teo.
Di akhir acara,
Keputusan penuh Sayembara Bahasa Melayu 2024 seperti berikut:
Darjah 1:
Juara: Sekolah Rendah Casuarina
Naib Juara: Sekolah Rendah Park View
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah White Sands
Darjah 2:
Juara: Sekolah Rendah Casuarina
Naib Juara: Sekolah Rendah Pasir Ris

Darjah 3:
Juara: Sekolah Rendah Pasir Ris
Naib Juara: Sekolah Rendah Meridian
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Casuarina
Darjah 4:
Juara: Sekolah Rendah Elias Park
Naib Juara: Sekolah Rendah White Sands
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Park View
Darjah 5:
Juara: Sekolah Rendah Meridian
Naib Juara: Sekolah Rendah White Sands
Tempat Ketiga: Sekolah Rendah Casuarina
Darjah 6:
Juara: Sekolah Rendah Pasir Ris
Naib Juara: Sekolah Rendah Meridian,

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.