Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai lulusan politeknik dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2022 06:11PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 11:06PM

SINGAPURA: Lebih 92 peratus lulusan politeknik mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian atau sudah menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 2021, lebih tinggi berbanding 87.4 peratus pada 2020. 

Demikian menurut tinjauan terkini pengambilan pekerja dalam kalangan lulusan politeknik yang didedahkan hari ini (13 Jan). 

Daripada mereka yang sudah mendapat pekerjaan, 58.1 peratus mempunyai pekerjaan sepenuh masa, naik daripada 52 peratus pada 2020. 

Respons tinjauan dikumpulkan 7,566 lulusan politeknik. Tinjauan tahunan itu dikendalikan secara bersama oleh Politeknik Ngee Ann, Politeknik Singapura, Politeknik Nanyang, Politeknik Temasek dan Politeknik Republik.

Median gaji kasar bulanan bagi graduan yang bekerja sepenuh masa meningkat daripada S$2,400 pada 2020 kepada S$2,500 pada 2021. Sebelum ini, tidak ada perubahan dicatatkan antara 2019 dan 2020. 

Para graduan dari bidang Sains Kesihatan, Teknologi Maklumat dan Digital terus menyaksikan median gaji kasar bulanan yang "lebih tinggi secara konsisten" berbanding median keseluruhan, menurut dapatan tinjauan tersebut.

PEKERJAAN SECARA SAMBILAN

Bagi para graduan yang bekerja secara sambilan, peratusan tersebut merosot daripada 31.6 peratus pada 2020 kepada 29.4 peratus pada 2021. 

Antara mereka, kira-kira 2.2 peratus merupakan murid-murid yang menjalani program-program Pelatih SGUnited, merosot daripada 2.7 peratus pada 2020. 

Program itu dilancarkan pada Jun 2020 untuk membantu para pencari kerja mendapatkan program pelatih ataupun latihan amali bersama syarikat-syarikat berkenaan. Di bawah program itu, latihan mengambil masa sehingga 12 bulan. Para pelatih juga mendapat elaun bulanan latihan, di mana 80 peratus daripada elaun itu dibiayai pemerintah. 

Peratusan graduan politeknik yang terpaksa bekerja secara sambilan juga turun daripada 3.8 peratus pada 2020 kepada 1.8 peratus pada 2021, menurut dapatan tinjauan itu lagi. 

Namun, peratusan graduan politeknik yang secara sukarela bekerja secara sambilan kekal di tahap yang sama, susut sedikit, iaitu 0.3 peratus. 

Peratusan graduan yang menganggur enam bulan selepas tamat pengajian merosot daripada 12.6 peratus pada 2020 kepada 7.8 peratus pada 2021. 

Daripada kelompok tersebut, peratusab graduan yang menganggur dan masih mencari kerja turun daripada 9.6 peratus pada 2020 kepada 5.3 peratus pada 2021. 

"Peningkatan kadar pengambilan pekerja dalam kalangan graduan politeknik, sejajar dengan pemulihan ekonomi Singapura, sekali gus membuktikan latihan berkaitan industri, yang diterima pelajar-pelajar kami," kata Pengetua Politeknik Temasek Peter Lam, yang berucap bagi pihak jawatankuasa tinjauan pengambilan pekerja dalam kalangan graduan politeknik. 

"Meskipun terdapat pelbagai keadaan tidak menentu yang diharungi tahun lalu, gaji median untuk graduan baru tamat pengajian dan baru selesai menjalani NS meningkat, menunjukkan dengan nyata keyakinan para majikan kepada kemahiran dan pengetahuan para graduan politeknik kami." 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan