Skip to main content

Singapura

Lebih ramai gunakan CPF untuk beli perumahan awam dan privet

Lebih ramai orang menggunakan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk membeli perumahan awam dan hartanah privet, termasuk kondominium eksekutif (EC).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai gunakan CPF untuk beli perumahan awam dan privet

Bangunan CPF. (Gambar fail: Calvin Oh)

Diterbitkan : 29 Jun 2018 11:13PM Dikemas Kini : 29 Jun 2018 11:17PM

SINGAPURA: Lebih ramai orang menggunakan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) untuk membeli perumahan awam dan hartanah privet, termasuk kondominium eksekutif (EC).

Ini menurut laporan tahunan Lembaga CPF 2017 yang dikeluarkan hari ini.

Jumlah orang yang menggunakan CPF untuk membeli hartanah privet dan EC tahun lalu meningkat lebih 15,000. Ini membentuk sebahagian daripada peningkatan lebih S$1 bilion wang CPF yang dikeluarkan.

Lebih ramai orang juga menggunakan simpanan CPF untuk membeli perumahan awam berbanding tahun sebelumnya.

Para pakar yang ditemui berkata ini mungkin disebabkan pemulihan pasaran hartanah dan lebih banyak geran perumahan CPF yang disediakan.

CEO International Property Advisor Ku Swee Yong berkata lebih banyak projek perumahan disiapkan selepas 2015 menyusuli krisis Lehman Brothers pada 2010. Oleh itu, lebih ramai orang menggunakan wang CPF untuk membeli hartanah-hartanah tersebut.

"Dalam masa tiga hingga empat tahun lalu, semakin banyak geran perumahan awam diperkenalkan untuk pembeli rumah kali pertama kali dan pembeli rumah jualan semula HDB dan geran-geran ini ditawarkan menerusi akaun CPF," kata Encik Yong.

Lebih ramai juga yang mungking menggunakan wang CPF mereka untuk membeli hartanah privet tambahan, menurut pakar.

Meskipun jumlah pengeluaran wang CPF bagi pembelian rumah meningkat, pelaburan menggunakan Akaun Biasa CPF mencatat penurunan sebanyak 4.5 peratus pada hujung Disember 2017.

Bilangan anggota yang membuat pelaburan menerusi skim Akaun Khas CPF turut merosot sebanyak 5.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini mungkin kerana warga Singapura lebih selesa memilih jenis pelaburan harta yang kurang berisiko seperti hartanah.

"Jika dilihat dari penjualan en-bloc dan beberapa projek baru, saya berpendapat warga Singapura secara amnya lebih suka menggunakan wang CPF untuk membeli hartanah, daripada melaburkannya pada sesuatu yang tidak dapat dilihat," kata eksekutif penasihat kewangan kanan Great Eastern Financial Advisers, Alvin Poon.

Laporan tahunan CPF itu juga menunjukkan lebih ramai warga senja mengeluarkan wang daripada akaun CPF. Lebih ramai juga menggunakan wang akaun Medisave untuk biaya berkaitan kesihatan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita