Lebih ramai golongan kurang upaya dapat kerja, latihan di bawah SG Enable
Lebih ramai orang kurang upaya mendapat peluang pekerjaan antara 2020 sehingga 2021.
SINGAPURA: Lebih ramai orang kurang upaya mendapat peluang pekerjaan antara 2020 sehingga 2021.
Jumlah ini naik 30 peratus, berbanding 28 peratus sebelum COVID.
Kebanyakan daripada mereka bekerja dalam sektor Perkhidmatan Kemasyarakatan, Sosial serta sektor Makanan dan Minuman F&B.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Eric Chua memberikan perincian itu di Parlimen, siang tadi (9 Mac).
Beliau juga berkata SG Enable, iaitu agensi khusus untuk memperkasa para individu kurang upaya (PWD) sudah membantu lebih 3,500 PWD mencari pekerjaan sejak 2014.
Lebih 2,800 daripada mereka juga dilatih untuk mempertingkatkan lagi keupayaan mereka mengekalkan pekerjaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.