Lebih ramai golongan Gen Z bertukar kerjaya pada usia muda
Jumlah golongan Gen Z yang bertukar kerjaya meningkat lebih tiga kali ganda pada 2024 menurut Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah golongan Gen Z yang bertukar kerjaya meningkat lebih tiga kali ganda pada 2024 menurut Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).
Malah, ada yang sudah beralih ke pekerjaan ketiga atau keempat mereka sebelum berusia 25 tahun.
Agensi tersebut berkata sehingga kini, lebih 2,400 individu yang lahir selepas tahun 1997 sudah mendaftar bagi Program Penukaran Kerjaya WSG.
Jumlah tersebut melonjak daripada sekitar lebih 300 peserta pada 2021.
Pengarah, Jagaan Kesihatan, Khidmat Sosial & Perniagaan, WSG, Safrah M Eusoof berkata: "Menariknya, kami juga melihat bahawa mereka telah membuat peralihan daripada beberapa sektor, termasuk kewangan dan petrokimia.
"Golongan pekerja muda ini didorong oleh nilai-nilai peribadi, aspirasi, serta keinginan untuk mencari kerjaya yang membolehkan mereka membuat perbezaan, kerjaya yang membawa makna dan tujuan dalam kehidupan," tambah beliau.
Oleh yang demikian, agensi tersebut mengubah pendekatan mereka dalam melatih golongan pencari kerja muda.
Walaupun Program Penukaran Kerjaya lazimnya adalah untuk pertukaran di pertengahan kerjaya, para jurulatih kerjaya kini mula mendekati graduan baharu lebih awal demi membantu perancangan kerjaya mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.