Skip to main content

Singapura

Lebih ramai bujang tempah flat Flexi 2-bilik

Lebih ramai golongan bujang yang membuat permohonan kali pertama berjaya membeli flat Flexi dua bilik yang baru sejak latihan Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Julai 2013, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2019 03:41PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 09:30PM

SINGAPURA: Lebih ramai golongan bujang yang membuat permohonan kali pertama berjaya membeli flat Flexi dua bilik yang baru sejak latihan Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Julai 2013, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (3 Mac).

Sebagai sebahagian daripada usaha Pemerintah untuk menawarkan lebih banyak pilihan perumahan bagi golongan bujang rakyat Singapura, mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas yang membuat permohonan buat kali pertama berjaya membeli flat berkenaan di estet-estet bukan matang.

Sekitar 14,500 orang bujang sudahpun membuat tempahan bagi flat Flexi dua bilik. Setakat Disember 2018, seramai 6,200 daripada bilangan itu sudah mendapatkan kunci mereka.

Pemohon bujang kali pertama yang layak membeli flat HDB boleh menerima geran perumahan sehingga S$40,000. Geran itu terdiri daripada Geran Perumahan CPF Tambahan sehingga S$20,000 dan Geran Perumahan CPF Khas sehingga S$20,000.

Sekitar 9,200 bujang sudahpun meraih manfaat daripada geran itu dari Julai 2013 hingga Disember 2018.

Dari 2014 hingga 2018, purata bekalan flat Flexi dua bilik bagi setiap estet bukan matang adalah kira-kira 4,000. Ini menyebabkan kadar permohonan bagi golongan bujang merosot, iaitu dari 37.6 pemohon bagi setiap flat pada 2013 kepada sekitar 4.2 pemohon bagi setiap flat pada 2018.

"HDB akan terus memantau permintaan dan memperhalusi bekalan flat dua biliknya bagi memenuhi keperluan perumahan bagi golongan tersebut dengan lebih baik," menurutnya.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita