Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai boleh manfaatkan Medisave bagi khidmat perubatan, rawatan, jagaan akhir hayat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2023 06:17PM Dikemas Kini : 04 Mar 2023 01:57PM
SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura tidak lama lagi boleh memanfaatkan MediSave mereka bagi khidmat perubatan dan rawatan perubatan di rumah serta jagaan akhir hayat.

Bagi membolehkan warga emas menua dengan baik dalam masyarakat, rangka kerja kewangan jagaan bakal dirombak supaya para pesakit boleh mendapat jagaan terbaik tidak kira di mana mereka berada.

Para pesakit yang dijaga dari rumah bakal mendapat sokongan apabila perubahan MediSave berkuatkuasa lewat tahun ini.

Para pesakit kronik yang menerima rawatan di rumah boleh menggunakan sehingga S$700 setahun daripada akaun MediSave mereka.

Sehingga 6,800 pesakit bakal meraih manfaat daripada perubahan ini setiap tahun.

"Jika jagaan dipindahkan dari hospital ke masyarakat, aspek jagaan kesihatan lain perlu ikut sama. Kami perlu pentingkan khidmat dan bukan premisnya. Rangka kerja kewangan jagaan kesihatan mesti melampaui hospital, ke mana-mana khidmat jagaan kesihatan diberikan," kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung.

Bagi menyokong hasrat kebanyakan rakyat Singapura untuk menghabiskan sisa hidup di rumah, model jagaan yang ditingkatkan juga bakal diperkenalkan.

Hospis Dover Park akan bekerjasama dengan Hospital Tan Tock Seng bagi merintis satu model di mana para pesakit membayar yuran bulanan bagi semua jagaan hospis.

Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyemak skim itu yang bakal diluaskan tahun depan.

Model baru tersebut juga akan meliputi lebih ramai pesakit bukan penyakit barah seperti penyakit kerosakan ginjal mahupun demensia.

Bagi mengatasi kenaikan kos kehidupan, sokongan juga akan ditambah.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan