Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai berminat beli kereta baru selepas harga COE turun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2023 06:08PM Dikemas Kini : 22 May 2023 12:06AM
SINGAPURA: Lebih ramai orang menunjukkan minat untuk membeli kereta baru selepas harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) jatuh dalam bidaan terbaru minggu ini.

Kedai-kedai kereta menyaksikan 20 peratus lebih banyak pertanyaan berhubung penjualan sejak premium COE merosot disebabkan penyesuaian kuota sekali saja oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Kedai kereta Cars & Stars Pte Ltd, misalnya, sibuk sejak beberapa hari lalu.

Selain kedatangan orang ramai, telefonnya juga kerap berdering dengan pelbagai pertanyaan mengenai pembelian kereta baru.

Jumlahnya sekitar 20 hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding bidaan-bidaan sebelum ini.

Mentelah lagi, harga kereta bagi Kategori A menjunam sekitar $9,000 dalam bidaan terkini COE.

Dengan menjangkakan aliran pelanggan yang stabil, Cars & Stars merancang untuk terus menawarkan promosi demi menarik para pelanggan sekali gus meningkatkan penjualan sehingga 50 peratus.

Perkembangan yang sama turut disaksikan syarikat Polestar yang menjual kenderaan elektrik.

Mentelah lagi, kereta elektrik juga meraih manfaat dengan penambahan kuota di bawah Kategori B yang menyebabkan premium merosot lebih $6,000 dalam bidaan terbaru minggu ini.

Pun begitu, Polestar menyatakan penyesuaian kepada kuota tidak cukup untuk memenuhi permintaan daripada ramai pelanggan.

Bidaan COE seterusnya akan berlangsung pada 7 Jun.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan