Lebih ramai belia SG, Vietnam bersikap optimis terhadap politik tempatan berbanding rakyat Indonesia, Thailand: Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Nuria Ling/CNA
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya empat kali ganda lebih ramai belia di Singapura dan Vietnam bersikap optimis mengenai keadaan politik negara mereka berbanding Indonesia dan Thailand.
Demikian menurut dapatan satu tinjauan yang dijalankan sebuah institut penyelidikan Singapura, yang diterbitkan bulan ini.
Kajian tersebut mendapati 72.4 peratus responden dari Singapura dan 68.2 dari Vietnam menilai keadaan politik mereka sebagai "sangat baik" atau "baik". Ini lebih empat kali ganda daripada 15.1 peratus responden di Indonesia dan 16.4 peratus di Thailand yang memandang keadaan politik negara mereka secara positif.
Dalam kalangan belia Malaysia dan Filipina, 31.9 peratus dan 25.9 peratus responden memandang politik negara mereka secara positif.
Belia dari Singapura dan Vietnam adalah yang paling optimis dan berpuas hati dengan sistem politik, penguatkuasaan undang-undang, keadaan ekonomi dan agenda ekonomi negara masing-masing, menurut tinjauan terhadap enam negara Asia Tenggara tersebut.
Tinjauan Belia dan Pelibatan Sivik di Asia Tenggara oleh ISEAS – Institut Yusof Ishak meninjau seramai 3,081 pelajar sarjana muda berusia dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ia merupakan pertama kali institut tersebut menjalankan tinjauan sedemikian, yang meninjau belia di wadah online dari Ogos hingga Oktober tahun lalu.
ISEAS menyatakan ia menyasarkan pelajar sarjana muda untuk tinjauan tersebut kerana aktivisme belia di kampus berkembang selama bertahun-tahun dan pelajar di negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah memainkan peranan penting dalam perubahan rejim.
Ia berharap untuk menyertakan kesemua 10 negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), untuk menangani perbezaan kawasan luar bandar dan bandar serta perbezaan antara pemegang ijazah dan bukan ijazah dalam tahap analisis seterusnya. Ini adalah tinjauan pertama dalam sebuah projek selama tiga tahun.
Berhubung sistem politik negara mereka, hampir sembilan daripada 10 belia di Singapura dan Vietnam menyuarakan mereka "agak berpuas hati" atau "sangat berpuas hati".
Belia Indonesia dan Filipina adalah yang "paling tidak berpuas hati", dengan hanya 27 peratus dan 36.8 peratus masing-masing menyatakan kepuasan dengan cara sistem politik negara mereka beroperasi.
Lebih separuh daripada responden di Malaysia menyatakan mereka berpuas hati walaupun terdapat ketidakstabilan politik di negara itu antara 2018 dan 2022, apabila terdapat empat perubahan peranan perdana menteri tersebut.
Penulis laporan itu menyatakan ini mungkin "mencerminkan kepuasan belia dengan Kerajaan Perpaduan yang sedia ada" yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.
RAKYAT VIETNAM, MALAYSIA, SINGAPURA PALING POSITIF TENTANG EKONOMI
Secara umumnya, responden bersikap optimis terhadap keadaan ekonomi negara mereka.
Secara purata, 76.5 peratus bersikap optimis terhadap masa depan ekonomi negara mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.
Belia dari Vietnam, Malaysia dan Singapura adalah yang paling positif, dengan hampir sembilan daripada 10 mempunyai pandangan optimis. Sebaliknya, hanya lebih enam daripada 10 responden di Indonesia, atau 62.6 peratus, menyatakan optimisme manakala hampir satu pertiga tidak bersetuju mereka optimis.
"Ini mungkin berpunca daripada penurunan baru-baru ini dalam bilangan golongan kelas pertengahan, kehilangan pekerjaan dan peningkatan pengangguran," jelas penulis laporan itu, zamil kanan ISEAS dan penyelaras program kajian sosial dan budaya serantau Norshahril Saat, zamil pelawat Panarat Anamwathana, Iim Halimatusa'diyah dan Syaza Shukri, dan zamil bersekutu Veronica L. Gregorio.
PENGANGGURAN, JURANG SOSIO-EKONOMI YANG KIAN MELUAS MENJADI KEBIMBANGAN
Tinjauan itu juga mendapati bahawa responden lebih prihatin tentang isu-isu berhubung kos sara hidup dan sosio-ekonomi.
Tiga isu utama yang menjadi kebimbangan adalah pengangguran dan kemelesetan, rasuah dan jurang sosio-ekonomi yang kian meluas, serta ketidaksamaan pendapatan yang meningkat.
BELIA SG PALING KURANG PRIHATIN TENTANG ISU RASUAH
Tinjauan tersebut mendedahkan bahawa belia Singapura kurang prihatin berbanding rakan sebaya mereka mengenai isu-isu tertentu seperti rasuah.
Kira-kira 63.7 peratus daripada rakyat Singapura yang ditinjau bimbang tentang rasuah, berbanding dengan kira-kira 80 peratus rakyat Thailand dan Vietnam dan hampir 97 peratus rakyat Indonesia yang menyatakan mereka "sangat prihatin" atau "agak prihatin" tentang rasuah.
Para penyelidik berkata tahap kebimbangan belia Singapura terhadap rasuah adalah "sangat ketara" berbanding dengan negara-negara lain, kerana tinjauan itu dijalankan selepas sabitan dikenakan ke atas mantan Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran pada 24 September tahun lalu atas empat pertuduhan memperolehi barang berharga sebagai seorang pegawai awam, dan satu pertuduhan menghalang proses keadilan. Beliau dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober lalu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.