Skip to main content

Singapura

Lebih ramai AP, lebih panjang tempoh perbahasan: Speaker Seah Kian Peng

Speaker Parlimen Seah Kian Peng memaklumkan, dengan lebih ramai Anggota Parlimen (AP) di parlimen ke-15, jumlah masa yang diambil untuk perbahasan Belanjawan dan Jawatankuasa Peruntukan bagi tahun ini adalah 12 peratus lebih panjang berbanding tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Mar 2026 10:26PM Dikemas Kini : 15 Mar 2026 06:36PM
SINGAPURA: Speaker Parlimen Seah Kian Peng memaklumkan, dengan lebih ramai Anggota Parlimen (AP) di parlimen ke-15, jumlah masa yang diambil untuk perbahasan Belanjawan dan Jawatankuasa Peruntukan bagi tahun ini adalah 12 peratus lebih panjang berbanding tahun lalu.

Beliau turut menyatakan bahawa buat julung kalinya, keseluruhan perbahasan berlangsung semasa bulan Ramadan.

"Saya berterima kasih kepada rakan Muslim kita yang bertugas sepanjang tempoh perbahasan yang berakhir jauh melepasi waktu buka puasa.

"Petang semalam, Menteri Masagos, semasa berbuka puasa, meneguk air dan serta-merta menyampaikan ucapannya. Kami menghormati semua rakan Muslim kami atas komitmen anda terhadap tugas awam anda," kata Encik Seah.

Beliau juga menyorot pelbagai cara para AP berbahas.

Ada yang ringkas dan padat, manakala yang lain lebih secara panjang lebar dan mendorong penggunaan 'butang bisu'.

Ada juga yang menerangkan dasar-dasar kementerian dengan cara yang praktikal.

Encik Seah mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua Dewan, Timbalan-Timbalan Speaker dan kakitangan parlimen.
Sumber : CNA/IQ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita