'Lebih mudah untuk menolak': Kakitangan awam sedia tolak hadiah daripada perlu lalui proses pengisytiharan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menurut kakitangan sektor awam, ia lebih baik untuk menolak hadiah yang ditawarkan untuk mengelakkan sebarang salah laku.
Ini berikutan kes seorang menteri yang dituduh menerima rasuah dan kesalahan-kesalahan lain.
Sekiranya kakitangan awam "tidak mempunyai pilihan" selain untuk menerima hadiah, protokol menetapkan semua barang yang diterima harus diisytiharkan ke jabatan yang relevan.

PERATURAN BAGI PEMEGANG JAWATAN POLITIK
Bagi para menteri, Kod Tatalaku yang memperincikan bagaimana mereka harus bertindak dan mengatur isu peribadi sudah disediakan sejak 1954, dan kali terakhir ia dikemas kini adalah pada 2005.
Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing, yang bercakap mengenai isu tersebut di parlimen pada Ogos tahun lalu.
Kod Tatalaku tersebut menyatakan semua hadiah daripada orang awam harus ditolak dan dikembalikan kepada penderma tanpa ditangguh, disertakan dengan penjelasan peribadi bahawa "meskipun penerima menghargai hadiah itu, penerimaannya akan melanggar Kod ini".
Jika pilihan untuk memulangkan hadiah itu tidak praktikal, atau menyebabkan kesalahan, menteri tersebut dikehendaki untuk menyerahkan hadiah itu kepada setiausaha tetap kementerian menteri untuk dilupuskan.
Jika penerima ingin menyimpan hadiah tersebut, beliau harus membelinya daripada pemerintah pada nilai tunainya selepas penilaian rasmi.
Sekiranya hadiah itu berharga kurang daripada S$50, penerima mungkin dibenarkan menyimpannya tanpa bayaran. Jika tidak, hadiah tersebut boleh dipamerkan atau digunakan secara rasmi di premis Kementerian.
LEBIH MUDAH UNTUK MENOLAK DENGAN SEGERA
Di bawah peraturan perkhidmatan awam Singapura mengenai hadiah, penjawat awam tidak boleh menyimpan hadiah bernilai lebih daripada S$50, melainkan mereka membayar nilai pasaran hadiah tersebut kepada pemerintah, dan jika ia tidak menjejaskan integriti perkhidmatan awam.
Penjawat awam yang bercakap dengan Mediacorp, dan tidak ingin dikenali, berkata ia lebih mudah untuk menolak hadiah secara langsung untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Seorang kakitangan awam yang pernah bekerja di lembaga berkanun di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) berkata: "Dari pengalaman saya dahulu, ia lebih mudah untuk menolak secara langsung dan memaklumkan kepada (penderma) bahawa kami tidak dapat menerima hadiah tersebut."
Penjawat awam itu pernah memulangkan hadiah seperti hamper Tahun Baharu Cina dan Krismas bagi pihak atasan.
Proses untuk mengisytiharkan hadiah melibatkan borang yang harus diisi, di mana ia yang bertanya tentang identiti penderma, apakah hadiah tersebut dan apakah acaranya. Borang tersebut kemudian harus diserahkan kepada jabatan yang relevan.
Dalam kes-kes di mana "tiada pilihan" selain daripada untuk menerima hadiah tersebut, seperti contoh, plak daripada individu kenamaan luar negara, ia juga harus diisytiharkan dan kemudian dipamerkan di pejabat.
Seorang kakitangan awam yang menyertai sektor tersebut selama kurang setahun berkata bahawa kakitangan baharu harus menjalani kursus online, yang memperincikan barangan yang boleh atau tidak boleh diterima.
"Terdapat terlalu banyak butiran dan saya mempunyai terlalu banyak kerja untuk diselesaikan, jadi saya rasa ia lebih mudah untuk berkata tidak," kata pegawai awam berusia 30-an itu.
Ketika ditanya tentang garis panduan lembaga berkanunnya, satu lagi kakitangan awam berkata: "Sebenarnya ia sungguh ketat. Pegawai dilarang menerima hadiah, dalam bentuk wang tunai atau barang. 'Hadiah' termasuk wang, barang, perkhidmatan, laluan atau apa-apa bentuk yang memberi manfaat. Perkataan itu pada dasarnya meliputi setiap bentuk hadiah."
Kakitangan dari lembaga berkanun, yang berada di bawah Kementerian Pendidikan, dikehendaki membuat pengisytiharan tahunan, penyemakan semula dan kuiz tentang Kod Tatalaku , yang merangkumi konflik kepentingan yang mungkin berlaku.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.