Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih mudah terima hujah berhubung manfaat ekonomi jika hubungan politik baik, kata PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, akan lebih mudah untuk menerima hujah-hujah berhubung manfaat ekonomi yang saling menguntungkan, jika hubungan politik berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalan mengenai hubungan berbilang hala China, dalam satu wawancara dengan stesen penyiaran nasional China, China Central Television (CCTV).

Hubungan dan kerjasama antara ASEAN dan Singapura menyaksikan jumlah perdagangan naik 100 kali ganda sejak 30 tahun lalu.

Singapura juga terus memimpin lebih banyak kolaborasi menerusi perjanjian dagangan bebas.

Bagaimanapun, isu-isu seperti pertikaian Laut China Selatan masih kekal dan negara-negara perlu berganding bahu untuk mencari huraiannya.

"Saya rasa kerjasama ekonomi ASEAN-China bergantung kepada hubungan keseluruhan. Kerana antara China dengan ASEAN, ia bukan isu-isu ekonomi sahaja tatapi juga ada perbincangan mengenai isu-isu politik dan isu-isu keselamatan. Dan ada sebilangan masalah yang perlu dihuraikan."

"Maksud saya contohnya, kita sedang membincangkan kod tatalaku bagi Laut China Selatan. Itu bukan sesuatu yang mudah untuk dihuraikan, tapi kita sedang mengusahakannya dan kami berharap mencatat kemajuan lanjut," kata Encik Lee.

"Antara ASEAN dengan China, hubungannya adalah baik. Tetapi lebih banyak kita dapat menangani isu-isu bukan ekonomi, saya rasa lebih banyak lagi hubungan ekonomi boleh menjadi makmur," tambah Encik Lee.

PM Lee menarik perhatian kepada ketegangan antara China dengan Amerika Syarikat sebagai satu contoh negara-negara yang sukar bekerjasama dalam isu-isu seperti perubahan iklim.

Ini walaupun ada peluang berbuat demikian.

Ditanya mengenai peranan yang boleh Singapura mainkan dalam sistem global, Encik Lee menjawab bahawa negara kecil ini tidak menentukan ehwal global.

Namun demikian, PM Lee menekankan peri pentingnya bersuara, contohnya dalam isu Ukraine.

Beliau menekankan bahawa Singapura menegakkan sistem antarabangsa berasaskan peraturan.

Lantaran itu Singapura menolak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Bukan kerana ia bermusuhan dengan Rusia, tetapi kerana Singapura tidak setuju dengan perbuatan sedemikian.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan