Lebih masa diperlukan untuk siapkan rangka kerja perkongsian kerugian ekoran penipuan
SINGAPURA: Pemerintah menyatakan bahawa satu rangka kerja mengenai perkongsian kerugian akibat penipuan atau 'scam' kini mengambil masa lebih lama untuk disiapkan.
Ini kerana Penguasa Kewangan Singapura (MAS) masih menentukan tanggungjawab yang perlu dipikul pihak-pihak berkepentingan yang berbeza, termasuk individu dan juga institusi kewangan.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan menekankan bahawa kementeriannya memahami bahawa tugas tersebut memerlukan keperluan segera, malah mereka ingin memastikan bahawa perkongsian kerugian dan pendekatan kebertanggungjawaban itu menyertakan semua pihak utama dalam ekosistem tersebut.
"Setiap aspek, setiap pihak berkepentingan perlu berwaspada terhadap penipuan, kedua-dua institusi dan juga individu,"tambah Encik Alvin lagi.
Beliau menarik perhatian bahawa kementerian mahu mencapai rangka kerja yang berkesan agar terdapat perkongsian tanggungjawab meliputi seluruh ekosistem.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.