Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih dua kali ganda jumlah keluarga akan dibantu menerusi program ComLink Marsiling yang diperluas

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jumlah keluarga yang dibantu menerusi program pendampingan ComLink Marsiling akan naik seganda - dari 260 keluarga buat masa ini kepada lebih 500 keluarga akan datang.

Ia bagi membantu lebih ramai keluarga kurang bernasib baik yang menetap di flat-flat sewa di Marsiling.

Peluasan itu diumumkan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan merangkap Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad pada Sabtu (16 Apr).

Menurutnya, lebih ramai relawan juga akan dikumpulkan bagi menghulur bantuan dan mendampingi keluarga-keluarga memerlukan.

pic1

Ia juga akan terus menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Khidmat Sosial (SSO), rangkaian M³, Sinda, masjid-masjid dan sekolah menerusi program-program pengayaan yang disediakan.

"Tumpuan kami di sini adalah untuk menolong bukan sahaja dari segi kesejahteraan mereka (keluarga), dari segi kebajikan dan sebagainya tapi kita juga mahu melihat bagaimana kita dapat menyokong anak-anak mereka di sekolah. Kita bekerjasama dengan SSO, sekolah-sekolah dalam kawasan Marsiling untuk mendekati mereka untuk membawa mereka ke program-program M³ misalnya.

"Dan juga pada program-program SSO di mana kita membawa program pengayaan dan sebagainya supaya anak-anak kita dapat menikmati program pengayaan yang boleh menolong mereka mencapai kecemerlangan di sekolah dan juga lebih daripada itu," kata Encik Zaqy.

Dilancarkan pada April 2019 sebagai sebahagian daripada program perintis nasional oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), ComLink menyediakan bantuan kepada golongan tersebut khususnya dengan anak-anak untuk memperbaiki keadaan hidup mereka dan membina sumber untuk masa depan yang lebih cerah.

Ini termasuk usaha pemilikan rumah serta program dan khidmat di bawah SSO MSF dan agensi-agensi rakan kerja.

pic2

Semasa pelancaran bazar Ramadan, 'BazaRia Marsiling' pada Sabtu (16 Apr), seramai 50 kanak-kanak penerima bantuan ComLink Marsiling juga masing-masing dihadiahkan dengan sepasang baju raya hasil sumbangan para penaja.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan