Lebih cepat dan mudah, para pelawat alu-alukan penggunaan kod QR untuk pelepasan imigresen di Tuas & Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan rata-rata maklum balas kepada pelancaran sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR adalah memberangsangkan.
Ia mula diperkenalkan pada 19 Mac dan sehingga 20 Mac, sekitar 86,000 pelawat yang menaiki kereta sudah menggunakan kod QR untuk melepasi imigresen di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Jumlah itu sekitar 46 peratus jumlah keseluruhan pelawat menggunakan pemeriksaan darat dalam tempoh yang sama.

"Sejak pelancarannya pada 19 Mac, hampir separuh daripada pelawat menggunakan kereta menggunakan kod QR untuk pelepasan imigresen darat kami dan kami jangkakan ia akan semakin menambah terutama sekali dengan para pegawai kami secara proaktif mendekati pemandu dan menggunakan pasport untuk menggunakan QR kod untuk pelepasan," kata Timbalan Pengarah, Divisyen Operasi ICA, Penolong Pesuruhjaya (AC) Phua Chiew Hua.
"Mereka yang melakukan perjalanan secara berkumpulan mendapati bahawa proses ini lebih mudah berbanding dengan proses menyemak beberapa pasport dalam satu masa," tambah AC Phua.
Meskipun para pelawat tidak lagi perlu menunjukkan pasport kepada pegawai ICA di kaunter kereta, mereka masih memerlukan pasport bagi melepasi pemeriksaan imigresen Malaysia.
"Kami ingin mengingatkan para pelawat untuk membawa pasport mereka kerana ICA memerlukannya untuk mengenal pasti beberapa kes khas. Para pelawat juga perlukan pasport sebagai pengesahan di destinasi mereka," jelas Encik Phua.
Dalam pada itu, beliau menggalakkan para pelawat untuk menggunakan kod QR itu semasa cuti 'Good Friday' yang bakal menjelang memandangkan keadaan pusat pemeriksaan darat dijangka akan lebih sesak daripada lazimnya.

PARA PELAWAT ALU-ALUKAN INISIATIF GUNA KOD QR
Antara pelawat yang ditemui pada Khamis (21 Mac) di Pusat Pemeriksaan Woodlands turut mengalu-alukan usaha itu.
"Saya percaya kami sedang menuju ke arus digital jadi dengan memperkenalkan kod QR, ia akan mempercepatkan dan melancarkan proses pada masa hadapan," kata Encik Louis Ang kepada wartawan Nurfazirah Azman.
"Sebelum ini saya menggunakan pasport dan ia akan memakan masa selama 4 hingga 5 minit apabila anda harus memeriksa pasport ahli keluarga. Jadi sekarang dengan menggunakan kod QR, ia lebih pantas daripada menggunakan pasport. Saya rasa ia lebih mudah bagi saya kerana saya rasa kesesakan juga berkurangan," kata Encik Suresh Kuppusamy.
Beliau juga berharap pihak imigresen di Malaysia juga dapat memperkenalkan inisiatif serupa untuk melancarkan lagi perjalanan.
Ada di kalangan mereka yang juga rasa kekok kerana ini merupakan kali pertama mereka menggunakan kod QR bagi pelepasan imigresen.
"Pertama kali itu, ada juga apabila kita nak imbas, tidak berapa pandai kan, selepas sudah tahu bagaimana, sudah senang," kata Cik Linah Sani.
"Hari ini hari pertama kita gunakan kod QR, jadi kekok sedikit, apabila para pegawai membantu kami, kami rasa ia boleh digunakan. Kalau saya selalu gunakan, saya rasa ia senang sedikit, boleh kurangkan masa perjalanan" kata Cik Puspa Pharamugam.
Namun mereka tidak menafikan kemudahan menggunakan kod QR itu.
"Ini kali pertama saya masuk menggunakan kod QR dan ia sangat mudah kerana kami menggunakan satu telefon bimbit untuk membuat aplikasi secara berkumpulan jadi saya rasa banyak kemudahan dan ia lebih bagus," kata Cik Jamiah Ali.
Pihak ICA sedang dalam perancangan untuk memperluaskan pelepasan kod QR secara bertahap-tahap ke zon pelepasan lain di pusat-pusat pemeriksaan darat.
Laluan khas bagi pelepasan imigresen secara automatik dalam kereta menggunakan kod QR akan dibuka di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai 2026 dan di Pusat Pemeriksaan Woodlands yang baharu mulai 2028.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.