Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Lebih bertanggungjawab' teruskan langkah naikkan GST meskipun keadaan inflasi tidak menentu: Lawrence Wong

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keadaan inflasi global mungkin tidak menentu namun keperluan perbelanjaan Singapura yang bertambah adalah jelas.

Untuk menanggung perbelajaan ini, "pendekataan yang lebih bertangggungjawab" adalah untuk meneruskan langkah menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sudah dirancang pada tahun-tahun akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong.

Beliau berkata demikian di sidang media bagi mengumumkan agihan wang tunai hingga S$500 untuk rakyat Singapura yang layak, sebagai sebahagian daripada pakej bantuan berjumlah S$1.5 bilion yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah hingga golongan berpendapatan sederhana.

Encik Wong yang juga Menteri Kewangan, ditanya wartawan jika pelaksanaan tersebut merupakan usaha sementara bagi menangani kesan jangka panjang kenaikan GST.

Cukai tersebut akan dinaikkan dari tujuh peratus kepada lapan peratus pada 2023, dan akan dinaikkan lagi hingga sembilan peratus pada 2024.

"Saya memahami keprihatinan rakyat mengenai kenaikan kadar GST pada waktu inflasi yang tinggi ini, dan keinginan untuk menangguhkan kenaikan tersebut hingga situasi inflasi lebih baik," kata Encik Wong.

"Namun kita harus lebih realistik bahawa keadaan inflasi tidak akan kembali kepada situasi yang kita sudah terbiasa dalam sedekad yang lalu, yang mana kadar inflasi adalah rendah," tambah beliau.

Encik Wong berkata pada Jumaat (14 Okt) bahawa mulai sekarang, norma baru merupakan "kadar inflasi lebih tinggi daripada masa lalu."

Encik Wong menekankan bahawa pemerintah akan mengimbangi dan mengurangkan kesan kenaikan GST bagi warga Singapura, terutama sekali golongan berpendapatan rendah dan sederhana.


 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan