Lebih banyak usaha untuk sokong kesihatan mental, tingkat kemahiran pembantu rumah hijrahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memastikan lebih banyak akses kepada khidmat kesejahteraan mental bagi para pekerja domestik hijrahan diharapkan di Singapura.
Turut dirancangkan, usaha meningkatkan kemahiran pekerja termasuk kursus-kursus baharu dalam kemahiran berkomunikasi.
Pusat Pekerja Domestik mengumumkan demikian sempena sambutan Hari Pekerja Hijrahan Antarabangsa yang dihadiri hampir 1,000 orang.
Menyesuaikan diri dengan budaya yang berbeza mungkin sukar.
Ini dirumitkan dengan cabaran berkomunikasi.
Maka itu, Pusat Pekerja Domestik sedang meluaskan latihan penjagaan tahun hadapan, untuk menyertakan kursus-kursus baru mengenai bahasa dialek.
Pengarah Segmen Pekerja Hijrahan NTUC Micheal Lim berkata: "Menawarkan jagaan warga tua yang efektif bukan saja mengenai memberikan mereka pengetahuan, komunikasi yang efektif juga sama penting.
"Dan dengan profil warga tua yang mungkin tidak lancar berbahasa Inggeris dan Mandarin, kami fikir dialek mungkin merapatkan jurang antara mereka dengan penjaga mereka."

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.