Skip to main content

Singapura

Lebih banyak usaha sokong penjaga individu berkeperluan khas

Para penjaga ahli keluarga yang mempunyai keperluan khas akan lebih mudah mendapatkan masa rehat apabila satu program baru dimulakan pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Sep 2018 07:46PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 02:40PM

SINGAPURA: Para penjaga ahli keluarga yang mempunyai keperluan khas akan lebih mudah mendapatkan masa rehat apabila satu program baru dimulakan pada bulan depan.

Program itu, "Rehat Daripada Menjaga", diumumkan oleh Gerakan bagi Golongan Kurang Daya Intelektual Singapura (MINDS) di acara Hari Kesejahteraan Penjaga yang diadakannya buat kali pertama pada Sabtu (1 Sep).

Di bawah inisiatif itu, para penjaga boleh melakukan senaman ataupun menghadiri kelas di luar rumah, sementara ahli keluarga mereka dijaga oleh seorang sukarelawan terlatih.

Ini boleh dilakukan selama dua hingga tiga jam seminggu.

Bagi memberi tumpuan kepada golongan yang menjaga abang atau kakak mereka, sebuah kumpulan kerja dibentuk pada awal tahun ini bagi menggalakkan mereka untuk saling berkongsi cerita serta strategi jagaan.

Semasa berucap di acara itu, Menteri Kewangan Heng Swee Keat menarik perhatian bahawa para penjaga ada kalanya mengabaikan keperluan mereka sendiri ketika sibuk menjaga orang tersayang.

Maka itu, beliau mengalu-alukan inisiatif tersebut dalam membina sebuah rangkaian penjaga, selain menekankan pentingnya untuk memberi perhatian kepada keperluan serta kebimbangan para penjaga.  

Sumber : CNA/NT/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita