Lebih banyak usaha diperlukan untuk anjur acara khas, besar-besaran bagi pikat pelawat luar negara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Roslan RAHMAN / AFP
SINGAPURA: Runcit secara umum serta sektor makanan dan minuman (F&B) mengalami pasang surut tahun ini dan trend ini dijangka berterusan ke tahun depan.
Menurut syarikat-syarikat tempatan, konsert serta acara besar-besaran mampu merancakkan sektor tersebut, namun lebih banyak boleh dilakukan untuk membangunkan acara-acara khas tempatan demi memikat pelawat luar negara.
Konsert bintang pop Amerika Taylor Swift sepanjang enam malam di Singapura bukan sahaja memenuhi impian para peminat beliau, malah juga para peniaga di sini.
"Orang ramai keluar berjalan dan mereka berbelanja. Kami lihat hasil pungutan kami naik sedikit. Dari segi peratusan, antara 10 hingga 20 peratus di pelbagai restoran kami," kata CEO, The Black Hole Group, Mustaffa Kamal.
Namun, sektor F&B kemudian menguncup buat dua suku berterusan disebabkan penjualan yang merosot bagi restoran, cawangan makanan segera dan kafe.
Di tengah-tengah kenaikan kos dan kekurangan tenaga manusia, syarikat Black Hole Group terpaksa menutup dua restorannya.
"Kami gabungkan dan kaji jenama yang menunjukkan prestasi yang baik atau yang kurang baik, termasuk yang tidak begitu baik. Kami putuskan untuk menggantung dan menutupnya, dan kerahkan sumber-sumber kami ke tempat yang dapat berikan lebih banyak pulangan," kata Encik Mustaffa.
Bagi tahun depan, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menjangkakan sektor runcit dan F&B akan terus merosot, dengan lebih ramai warga Singapura melancong ke luar negara.
Sebaliknya, pertumbuhan dijangka didorong oleh sektor pengilangan dan khidmat berkaitan perdagangan.
"Sesetengah sektor yang mungkin akan terus melihat prestasi yang baik adalah sektor perkhidmatan moden. Ini termasuk sektor kewangan dan insurans, sektor khidmat perniagaan, serta sektor penerangan dan perhubungan. Saya fikir, mereka berkemungkinan meraih manfaat daripada pertumbuhan berterusan AI,"kata Ketua, Strategi Makro Asia, SMBC, Jeff Ng.
Perniagaan-perniagaan setempat namun tidak sekadar berpeluk tubuh.
Pengendali acara itu contohnya, ingin beri tumpuan kepada kegiatan sampingan semasa berlangsungnya acara besar-besaran di sini.
"Contoh bagus adalah Formula One, kerana ia membenarkan kami untuk mendekati para penaja dan berkata - anda ingin lakukan acara sekitar F1, seperti acara 'MICE' besar-besaran yang dianjurkan setiap tahun?
"Ini memberi semua orang peranan, memeriahkan acara dan mencipta acara-acara kecil sampingan," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Pengalaman, Unearthed Productions, Adam Piperdy.
Encik Adam menambah, selain menunggu acara besar-besaran dari luar negara, lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk membangunkan acara-acara tempatan ke tahap antarabangsa.
"Saya rasa, lebih banyak peluang boleh diberi kepada SME tempatan serta syarikat pemula untuk mencipta acara berjenama kita sendiri.
"Kita biasanya membawa acara dari luar negara. Apa kata sekiranya kita mempunyai acara khas Singapura dan semua pihak menyokongnya," kata Encik Adam.
Dengan ekonomi Singapura dijangka sedikit melemah tahun depan, langkah-langkah demikian mungkin apa yang diperlukan untuk merancakkan jumlah ketibaan dan perbelanjaan para pelancong.

Sumber : CNA/NY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.