Skip to main content

Singapura

Lebih banyak usaha bantu pesakit kencing manis kawal sepenuhnya penyakit mereka

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Nov 2025 09:14PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 04:14PM
SINGAPURA: Selain memperluaskan kesedaran mengenai kencing manis di tempat kerja, pertubuhan-pertubuhan masyarakat juga mahu membantu para pesakit mengawal sepenuhnya keadaan mereka sendiri.

Usaha itu tepat pada masanya, dengan 34 peratus lebih ramai pesakit kencing manis mendapatkan bantuan.

Melalui ceramah yang dianjurkan oleh Diabetes Singapore, Encik Tan Hwee Leng, yang menghidap kencing manis pada usia 25 tahun, mempelajari cara menguruskan penyakitnya.

Badan amal itu juga menyokong para penyedia jagaan kesihatan asas, menerusi khidmat saringan mata dan kaki.

Ia menyediakan khidmat kepada sehingga 80 pesakit sehari.

Presiden, Diabetes Singapore, Prof Madya Bee Yong Mong berkata: "Penularan kencing manis, malangnya, naik sedikit antara 2023 hingga 2024 berbanding antara 2021 hingga 2022. Jadi, saya fikir ia sangat berleluasa sekarang dalam kalangan anggota keluarga.

"Saya pasti anda mempunyai anggota keluarga atau kawan atau rakan sekerja yang menghidapi kencing manis. Maka itu, penting untuk menyedari perlunya untuk menjalani saringan dan pengesanan awal dan untuk mencegah komplikasi pada peringkat akhir.

"Ada banyak yang boleh kita lakukan, di tempat kerja, dalam masyarakat dan keluarga, untuk meningkatkan kesedaran, mengawal kencing manis dengan lebih baik dalam usaha memerangi kencing manis."

Di poliklinik-poliklinik pula, para pesakit kencing manis diajar cara mengawal penyakit mereka.

Berbanding kerap mengunjungi doktor, para pesakit diajar cara untuk memantau paras gula dalam darah mereka dengan sendiri.

Dengan memadankan meter glukosa darah pada aplikasi, ia menghantar maklumat kepada doktor dalam masa nyata, sekali gus mengurangkan kunjungan ke klinik.

Seramai 250 pesakit sudahpun menyertai program yang diperkenalkan ke semua poliklinik Universiti Nasional tahun ini.
Sumber : CNA/AI/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita