Skip to main content

Singapura

Lebih banyak urus niaga perbankan beralih ke wadah digital

Tidak lama lagi, anda boleh mengunjungi cawangan bank DBS pada bila-bila masa sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak urus niaga perbankan beralih ke wadah digital

Para pelanggan DBS menggunakan mesin ATM bank itu. (Gambar: AFP / Roslan Rahman)

Diterbitkan : 12 Nov 2020 09:42PM Dikemas Kini : 12 Nov 2020 09:46PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, anda boleh mengunjungi cawangan bank DBS pada bila-bila masa sahaja.

Namun, apabila di sana, anda perlu melakukan semuanya sendiri.

DBS merancang untuk mengubah kaunter-kaunternya dalam tempoh 12 hingga 18 bulan mendatang.

Ini selepas lebih banyak urus niaga beralih ke wadah digital.

Misalnya, cawangan bank DBS di Takashimaya hanya dilengkapi mesin video ATM.

Selain untuk tujuan mengeluarkan dan memasukkan wang, mesin itu juga membantu menggantikan token yang rosak atau kad ATM yang hilang.

Cek bagaimanapun tidak boleh ditunaikan secara langsung.

Terdapat juga duta-duta digital bagi membantu para pelanggan dalam penggunaan yang memerlukan bantuan.

Bagi OCBC pula, ia sudah mengamalkan model urus niaga baru itu sejak dua tahun lalu.

Langkah itu mengurangkan jumlah juruwang sebanyak 50 peratus dan melatih semula mereka sebagai duta-duta digital.

Mesin-mesin bijak OCBC itu juga boleh menjalankan sehingga 90 peratus urusan kecuali mengeluarkan kad-kad ATM atau menukarkan tandatangan akaun.

Meskipun majoriti pelangganya kini berurus niaga secara online, OCBC percaya cawangan-cawangan bank masih boleh memainkan peranan bagi melengkapi perkhidmatan digital. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita