Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak tenaga kerja diperlukan di pusat-pusat pemulihan dadah

Lebih banyak tenaga kerja diperlukan di pusat-pusat pemulihan dadah (DRC) untuk mengendalikan program-program pemulihan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih banyak tenaga kerja diperlukan di pusat-pusat pemulihan dadah (DRC) untuk mengendalikan program-program pemulihan.

Ini kerana lebih ramai pesalah dadah akan menjalani pemulihan di pusat-pusat sedemikian dan bukan dipenjarakan.

Bagaimanapun, ini sekiranya mereka tidak berdepan dengan sebarang dakwaan jenayah, sekalipun sudah ditangkap tiga kali atau lebih.

Pada 2017, sekitar 1,360 pesalah dadah ditahan di DRC dan jumlah ini dijangka meningkat dengan pindaan yang diluluskan di Parlimen semalam (15 Jan).

Antara mereka yang berpeluang memulakan kehidupan baru di bawah undang-undang yang dipinda itu ialah Farhan, 30 tahun, yang sedang menjalani pemulihan di DRC.

Farhan sudah dua kali ditahan kerana mengambil dadah psikoaktif.

Semasa ditahan buat kali kedua, Farhan menjalani pemulihan yang lebih intensif termasuk sesi kaunseling dan program pemulihan wajib yang lebih fokus.

Seorang pegawai kes turut ditugaskan untuk membimbing Farhan selama 6-7 bulan bagi membantunya kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

"Program-program yang kami ada lebih fokus pada pemulihan dan bertujuan mempersiapkan para banduan dan keluarga mereka, sedang mereka kembali semula ke masyarakat," menurut Pegawai Kes, Encik Muzakir.

Dengan pindaan-pindaan yang diluluskan itu, proses pemulihan akan diperluaskan untuk terus membantu para pesalah bentan.

Pada masa yang sama, para pegawai juga perlu menjalani latihan untuk menajamkan kemahiran agar mereka dapat memberikan sokongan yang lebih baik dan berkesan.

"Selain sokongan dalam jagaan, para pegawai DRC juga akan dilatih untuk bekerja dalam masyarakat supaya jagaan lebih khusus dapat diberikan. Ini bagi melicinkan proses peralihan para pesalah dari DRC ke pangkuan masyarakat," menurut Supt Soh Yen Li di DRC, Kompleks Penjara Changi.

Setelah ditahan selama setahun di DRC, Farhan akan menjalani pula Program Berasaskan Masyarakat (CBP) di Rumah Peralihan Jamiyah selama 6 bulan.

"Saya mengambil masa yang saya jalani di sini untuk betul-betul berubah dan cuba mengawal saya punya triggers yang akan saya alami dan di sini adalah peringkat di mana saya dapat bersiap sedia sebelum saya dapat jejak kaki di luar dan dunia realiti di mana banyak cubaan untuk saya," kata Farhan.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan