Lebih banyak tempat, rebat yuran bagi kursus siswazah di NUS
Beberapa insiatif baru diumumkan di Festival Pembelajaran Sepanjang Hayat NUS pada Selasa (19 Jul).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa insiatif baru diumumkan di Festival Pembelajaran Sepanjang Hayat NUS pada Selasa (19 Jul).
Ia bakal menambah jumlah tempat bagi beberapa kursus dan memastikan ia kekal dimampui rakyat Singapura.
Antara kursus yang akan menawarkan lebih banyak tempat termasuk kursus sarjana berkaitan ekonomi masa depan seperti pengkomputeran dan analitik data.
Kursus-kursus baru juga akan diperkenalkan untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.
NUS juga akan menawarkan rebat yuran sebanyak 10 peratus kepada rakyat dan Penduduk Tetap Singapura bagi hampir 70 kursus sarjana di 13 fakulti.
Festival itu turut membawa bersama para pelajar, alumni dan pekerja industri untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang diperlukan bagi ekonomi masa depan.

Sumber : CNA/IA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.