Lebih banyak syarikat terbuka gajikan pekerja, pelatih amali kurang upaya
Sebuah perusahaan sosial yang terletak di Kolej Tengah ITE di kampus Ang Mo Kio sudahpun menghubungkan hampir 100 pelajar kurang upaya dengan hampir 30 syarikat dalam tempoh 10 bulan yang lalu bahkan sedang mendampingi institut-institut pendidikan tinggi lain.
Muhammad Firdaus Johan, seorang pelajar ITE kurang daya penglihatan merulakan pelatih amali di Competent Electricians. (Gambar: Calvin Oh)
SINGAPURA: Sebuah perusahaan sosial yang terletak di Kolej Tengah ITE di kampus Ang Mo Kio sudahpun menghubungkan hampir 100 pelajar kurang upaya dengan hampir 30 syarikat dalam tempoh 10 bulan yang lalu bahkan sedang mendampingi institut-institut pendidikan tinggi lain.
Ia merupakan salah satu program yang dilancarkan baru-baru ini untuk membantu golongan kurang upaya diambil bekerja.
Salah satu perbezaan utama program latihan amali itu adalah para pelatih amali akan didampingi seorang jurulatih bagi memastikan mereka boleh menyesuaikan diri dengan sekitaran kerja yang baru.
Misalnya, Encik Raymond Tang, seorang jurulatih dari Inclus meninjau para pelatih amali sekali atau dua kali seminggu. Beliau mengajar mereka tentang kemahiran insani seperti berkomunikasi dengan rakan sekerja yang lain selain mengingatkan mereka agar menjaga keselamatan dan memberi mereka nasihat tentang isu-isu yang mereka hadapi di tempat kerja.
Kementerian Tenaga Manusia bulan lalu menyatakan bahawa Program Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) sudahpun menyokong lebih 1,600 individu kurang upaya.
Skim itu memberi gaji sokongan 50 peratus kepada semua individu kurang upaya baru yang diambil bekerja oleh syarikat-syarikat yang layak mendapat bantuan JGI.
PERUBAHAN MINDA PERLU MASA
Pengasas Bersama Inclus Shaun Tan berkata para pelajar kurang upaya biasanya melakukan latihan amali dalam sekolah atau sebagai sebahagian daripada projek lanjutan mereka tetapi dengan latihan amali, ia memberi mereka pengalaman bekerja sebenar yang akan menambah nilai mereka sewaktu mencari kerja kelak.
Encik Anders Tan (paling kiri) dan Encik Shaun Tan (paling kanan) menubuhkan syarikat Inclus untuk menggalak latihan amali bagi pelajar kurang upaya. (Gambar: Calvin Oh)
Pengasas Bersama Anders Tan pula memulakan Inclus selepas melihat ipar lelakinya yang mengalami autisme payah untuk mencari dan kekal dalam sesuatu pekerjaan.
Antara isunya adalah kebanyakan syarikat tidak pasti bagaimana untuk mengambil bekerja, melatih atau menempatkan golongan kurang upaya dalam tenaga kerja mereka.
Namun, kini, anjakan perlahan ke arah masyarakat inklusif dan kesedaran yang lebih meluas dilihat sudah bermula.
Meskipun masih ramai individu kurang upaya tidak bekerja atau terpaksa bekerja dengan gaji yang tidak setimpal kemahiran mereka, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat gesaan bagi mewujudkan dasar-dasar untuk menggalak para majikan mengambil mereka bekerja.
SG Enable menyatakan agensi tersebut dan rakan-rakan kerjanya - Pusat Sumber Autisme, Gerakan bagi Golongan Kurang Intelek Singapura dan SPD - sudahpun mendapatkan pekerjaan bagi lebih 3,900 individu kurang upaya sejak 2014.
"Sepanjang tahun-tahun kebelakangan ini, kami menyaksikan pertambahan dalam jumlah pertubuhan yang cenderung menerima golongan kurang upaya," dedah Penolong Ketua Eksekutif SG Enable Tan Ko.
Ia adalah satu trend yang disedari oleh Encik Anders Tan juga meskipun katanya kadar pengambilan pekerja daripada kalangan orang kurang upaya (29 peratus) masih rendah.
"Ia akan mengambil masa untuk mengubah pemikiran lagi ramai orang," kata beliau.
"Saya rasa anda boleh lihat perubahan dalam lima atau 10 tahun atau lebih lama lagi."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.