Lebih banyak syarikat SG intai peluang tembusi pasaran Asia Tengah, penuhi permintaan pengguna semakin meningkat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
ASTANA: Asia Tengah, wilayah yang menempatkan beberapa negara dikelilingi daratan, mungkin bukan pasaran paling mudah diakses bagi syarikat-syarikat Singapura yang ingin mengembangkan perniagaannya.
Namun, profil rendah dan pasaran pengguna yang semakin berkembang di rantau itu menawarkan pelbagai peluang baru.
Enterprise Singapore (EnterpriseSG) menyatakan bahawa penduduk Asia Tengah yang muda dan berkembang boleh menawarkan perniagaan-perniagaan kelebihan persaingan terutama sekali dalam bidang-bidang seperti prasarana bandar, teknologi dan produk pengguna yang inovatif.
Meskipun Asia Tengah berada di kedudukan yang strategik dan kaya dengan sumber, ia masih memerlukan sedikit usaha dari pihak firma-firma Singapura yang sedang mengintai peluang untuk mempelbagaikan perniagaan di luar negara sebelum menembusi pasaran rantau tersebut, kata para pengamat.
PERMINTAAN PENGGUNA MENINGKAT
"Saya fikir ia masih sebuah rantau yang ramai tidak fikirkan secara langsung. Banyak syarikat Singapura, secara lumrahnya, akan memikirkan tentang negara-negara berdekatan di rantau itu, dan itu wajar kerana ini adalah rantau yang dikenali dan ia juga rantau yang sedang berkembang, terutama sekali Asia Selatan," kata Encik Clarence Hoe, pengarah eksekutif bagi Amerika dan Eropah di EnterpriseSG.
Kazakhstan, salah satu ekonomi terbesar di Asia Tengah, adalah rakan perdagangan Singapura yang terbesar di rantau itu dengan lebih 30 syarikat tempatan bertapak di negara tersebut. Terdapat juga lebih 20 syarikat Singapura yang beroperasi di negara jiran, Uzbekistan.
EnterpriseSG menyatakan ia sedang menganjurkan seminar dan misi perdagangan bagi syarikat-syarikat Singapura supaya ia boleh menjalin rangkaian dan bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaan di Asia Tengah.
Ia sebagai usaha untuk membantu lebih banyak syarikat tempatan berkembang dan meningkatkan daya bingkas rantaian bekalan masing-masing.
USAHA MEMBUAHKAN HASIL
Beberapa syarikat yang sudah menebarkan sayap ke Asia Tengah memberitahu Mediacorp bahawa usaha mereka membuahkan hasil.
Dalam kalangannya adalah syarikat pengeluaran dan pengedaran makanan berdaftar Singapura, Food Empire, yang meneroka peluang hampir 30 tahun dahulu.
Hari ini, produk kopi syarikat itu boleh didapati di kedai-kedai dan pasar raya merata Kazakhstan.
"Perniagaan kami berkembang tahun demi tahun," kata Encik Anil Bhuwania, ketua perniagaan Asia Tengah di Food Empire.
Namun, logistik dan pengangkutan kekal sebagai satu cabaran.
"Kami perlu mencari laluan alternatif, sama ada melalui China atau kadangkala melalui Georgia, dan lihat bagaimana barangan boleh dihantar ke Kazakhstan kerana ia sebuah negara dikelilingi darat," kata Encik Bhuwaina.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.