Skip to main content

Singapura

Lebih banyak syarikat SG buat bayaran tepat masanya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Jan 2023 08:48PM Dikemas Kini : 04 Jan 2023 09:11PM
SINGAPURA: Lebih banyak syarikat tempatan membuat pembayaran tepat pada masanya.

Perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh Biro Kredit Komersil Singapura menunjukkan kebanyakan syarikat itu adalah dari sektor runcit, binaan dan perkhidmatan.

Syarikat-syarikat lain bagaimanapun masih menghadapi keadaan mencabar.

Pembayaran dibuat dengan agak perlahan sepanjang tiga tahun lalu.

Namun data yang dikumpulkan pada suku keempat tahun lalu menunjukkan keadaan semakin bertambah baik, dengan lebih banyak syarikat membuat pembayaran tepat pada masanya.

Sektor runcit, perkhidmatan dan binaan mendahului pemulihan tersebut.

Syarikat-syarikat yang paling terjejas teruk adalah syarikat dalam sektor pengilangan dan borong.

Walaupun perniagaan sudah disambung semula dan tempahan diterima, namun bayaran tidak dibuat tepat pada masanya.

Lebih sepertiga buat pembayaran lewat sedang pelanggan masih pulih daripada kesan pandemik COVID-19.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita