Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak syarikat sediakan latihan bagi kakitangan barisan hadapan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jun 2023 09:38PM Dikemas Kini : 10 Jun 2023 12:18AM
SINGAPURA: Rancangan untuk melatih kakitangan barisan hadapan di lebih banyak sektor disediakan agar dapat menyediakan khidmat lebih baik lagi bagi para pelanggan yang mengalami demensia.

Ini bagi kakitangan dalam sektor seperti pengangkutan dan perbankan.

Hab Pembelajaran NTUC menyatakan, latihan itu mungkin mula dijalankan seawal suku terakhir tahun ini.

UOB menjadi yang pertama untuk menyertainya.

Bank itu menyasarkan untuk melatih sekitar 1,000 pekerja di kesemua 59 cawangannya.

Buat masa ini, lebih 350 kakitangannya sudahpun selesai menjalani latihan.

Hab Pembelajaran NTUC juga mahu mendampingi industri pengangkutan memandangkan para pesakit demensia perlu melakukan perjalanan ke hospital dan rumah jagaan.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Rahayu Mahzam berkata sekitar satu daripada setiap 10 warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas mengalami demensia.

Oleh itu, beliau menggesa lebih banyak syarikat untuk memperkasa dan melengkapkan para pekerja mereka dengan kemahiran bagi membolehkan mereka berkhidmat dengan lebih baik kepada golongan tersebut.

"Syarikat-syarikat perniagaan dan pertubuhan-pertubuhan boleh memainkan peranan penting dalam menyokong mereka yang mengalami demensia serta para penjaga mereka dengan melatih anggota kakitangan tentang kesedaran mengenai demensia, cara-cara berkomunikasi serta mewujudkan sekitaran yang saling menyokong satu sama lain demi memupuk sebuah masyarakat yang inklusif dan saling menghormati," Cik Rahayu.
 
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan