Lebih banyak syarikat reka semula pekerjaan; pikat pekerja kurang upaya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Lebih banyak syarikat sedang menggajikan para pekerja kurang upaya demi tingkatkan daya penghasilan di samping membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja.
Sekurang-kurangnya satu pertubuhan menyatakan,
terdapat peningkatan 10 peratus pada jumlah syarikat yang meminta bantuan untuk mereka semula pekerjaan bagi golongan kurang upaya.
Antara rekaan yang dilakarkan khususnya bagi memikat pekerja golongan kurang upaya termasuk petanda-petanda berwarna-warni yang memberikan arahan khusus kepada mereka yang bertugas di sesebuah pejabat.
Ia amatlah berguna memandangkan tiga daripada setiap lapan pekerja dalam jabatan ini adalah pekerja kurang upaya, seperti autisme.
Mereka diambil bekerja untuk proses pendigitalan dokumen-dokumen di hab imbasan UOB.
Ini selepas bank tempatan itu bergelut untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.
Pertubuhan-pertubuhan bukan mencari keuntungan seperti Pusat Sumber Autisme dan SPD bekerjasama dengan UOB untuk memberikan panduan dan ceramah tentang cara membantu para pekerja tersebut menyesuaikan diri dan cemerlang dalam peranan baru mereka.
Ini misalnya, dengan mengubahsuai ruang pejabat serta menyediakan jadual kerja dan papan arahan yang berwarna-warni.
Sementara itu, persatuan-persatuan seperti Gerakan Golongan Kurang Daya Upaya Intelek Singapura (MINDS) menyediakan latihan dan penempatan kerja bagi golongan berkenaan.
Dengan peningkatan ke atas skim Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya (EEC), MINDS menjangkakan lebih banyak syarikat akan mendapatkan bantuan mereka untuk mereka semula pekerjaan.
Ini supaya ia boleh menggajikan para pekerja kurang upaya.
MINDS juga merancang untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat berbilang negara untuk mencipta pekerjaan baru bagi golongan kurang intelek.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.