Lebih banyak syarikat ingin disenaraikan di SGX, pasaran saham SG dijangka berkembang
Pasaran saham Singapura menunjukkan momentum baharu, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah, permintaan serantau yang lebih kukuh bagi modal serta aliran syarikat yang semakin bertambah untuk disenaraikan di dalam Bursa Singapura (SGX).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasaran saham Singapura menunjukkan momentum baharu, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah, permintaan serantau yang lebih kukuh bagi modal serta aliran syarikat yang semakin bertambah untuk disenaraikan di dalam Bursa Singapura (SGX).
Para penganalisis berkata pertanyaan bagi tawaran awam permulaan (IPO) meningkat dengan ketara, sedang syarikat-syarikat mencari pasaran yang stabil dan dipercayai di tengah-tengah perubahan keadaan ekonomi global.
Singapura muncul sebagai pasaran IPO terbesar Asia Tenggara berdasarkan hasil tahun lalu, dengan sembilan urus niaga mengumpul sekitar AS$1.6 bilion (S$2.1 bilion), menurut laporan syarikat perkhidmatan profesional Deloitte pada November.
Ini menandakan perubahan mendadak berbanding 2024, di mana hanya empat IPO mengumpul sejumlah AS$34 juta (S$43.73 juta).
PASARAN YANG STABIL, DIPERCAYAI
Para pemerhati industri mengaitkan sebahagian besar kebangkitan itu dengan reputasi Singapura daripada segi kestabilan politik, kejelasan kawal selia dan daya tahan ekonomi.
Encik Chan Yew Kiang, ketua IPO ASEAN dan Singapura di syarikat perkhidmatan perniagaan EY, percaya tahun lalu menandakan permulaan “minat baharu” terhadap pasaran ekuiti Singapura.
Beliau berkata: “Sebahagian besar perkara ini terkait dengan Singapura (yang) sangat stabil, sama ada dari segi politik atau ekonomi, dan juga dari sudut kawal selia. Selagi kita mengekalkan imbangan yang betul, kita akan terus menarik minat syarikat-syarikat dari Asia Pasifik dan peringkat antarabangsa.”
Minat itu kini diterjemahkan kepada aliran IPO yang lebih sibuk.
Encik Chan berkata beliau kini menerima satu hingga dua pertanyaan IPO setiap dua minggu, berbanding kira-kira jumlah yang sama sepanjang setahun pada masa lalu.
“Syarikat pada masa kini memerlukan modal untuk berkembang, dan mereka perlu berkembang dengan pantas hanya untuk terus berdaya saing … dan IPO kekal sebagai sumber dana yang sangat kukuh bagi syarikat-syarikat yang mempunyai pelan pertumbuhan yang besar,” tambah beliau.
Syarikat-syarikat serantau semakin menumpukan perhatian kepada Singapura sedang mereka mengembangkan rantaian bekalan dan mencari akses ke pasaran baharu, kata beliau.
“Singapura sebenarnya merupakan destinasi yang agak ideal bagi syarikat Asia lain. (Mereka menggunakan) Singapura sebagai pangkalan untuk menembusi pasaran ASEAN malah juga pasaran antarabangsa,” tambahnya.
“Jadi, kami menjangkakan lebih banyak minat daripada bidang runcit, perindustrian dan juga syarikat-syarikat teknologi.”
Melangkah ke hadapan, para pemerhati pasaran menonjolkan beberapa faktor sokongan yang berpotensi.
Sebagai contoh, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat secara meluas dijangka menurunkan kadar faedah, satu langkah yang boleh memberi manfaat kepada sektor yang sensitif terhadap kadar faedah seperti amanah pelaburan hartanah (REIT).
Penjajaran semula rantaian bekalan, peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) serta aktiviti pembinaan domestik yang lebih kukuh juga boleh menyokong pertumbuhan pasaran secara keseluruhan, walaupun pengembangan ekonomi dijangka perlahan.
“Kami menjangkakan sedikit kelembapan, turun kepada satu hingga tiga peratus,” kata Encik Geoff Howie, pakar strategi pasaran di SGX Group.
Beliau berkata walaupun pertumbuhan global dijangka perlahan, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan pendapatan kekal berdaya tahan, sekali gus mewujudkan prospek makroekonomi yang stabil.
Sentimen pelabur, katanya, kekal berhati-hati tetapi optimistik, namun penyertaan runcit yang lebih besar diperlukan.
“Kita perlu memberi tumpuan kepada inisiatif, sama ada pasukan perhubungan pelabur mereka berkomunikasi lebih banyak dengan pelabur dan meningkatkan pelibatan, atau sama ada syarikat-syarikat tersebut turut mendapatkan khidmat pakar strategi korporat untuk mencari cara untuk mengoptimumkan kunci kira-kira dan sebagainya,” tambah beliau.
PERKUKUH PASARAN SAHAM SG
Usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan pendidikan pelabur dan kecairan pasaran.
Satu kumpulan semakan ditubuhkan pada 2024 untuk mengemukakan langkah-langkah bagi memperkukuhkan pasaran saham tempatan, dengan perincian lanjut dijangka diumumkan pada tahun ini.
Antara inisiatif tersebut ialah Program Pembangunan Pasaran Ekuiti (EQDP) bernilai S$5 bilion, yang melibatkan penyaluran dana kepada pengurus dana yang menumpukan pelaburan dalam saham Singapura. Pengurus-pengurus tersebut dijangka menguruskan pelaburan secara aktif, merangkumi pelbagai syarikat dan menarik pelaburan daripada pelabur lain.
Sementara itu, SGX dan Nasdaq yang berpangkalan di Amerika Syarikat turut bekerjasama bagi dwi penyenaraian, membolehkan syarikat-syarikat mengakses kedua-dua pasaran dengan satu prospektus.
Bursa itu juga sedang mengambil tindakan untuk mengurangkan rintangan bagi para pelabur runcit. Bagi saham berharga melebihi S$10, saiz lot papan minimum akan dikurangkan daripada 100 saham kepada hanya 10, sekali gus memudahkan penyertaan para individu.
Pihak berkuasa berkata langkah-langkah itu adalah sebahagian daripada pengambilan risiko yang terukur.
“Kami mungkin tidak sentiasa berjaya. Malah, sebahagian idea yang kami bincangkan, apabila kami memutuskan untuk melaksanakannya, kami berbuat demikian dengan penuh kesedaran,” kata Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat, yang juga merupakan timbalan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
“Sebahagian mungkin berhasil, sebahagian mungkin tidak. Tetapi kita perlu mencuba. Kerana jika kita tidak mencuba, peluang untuk berjaya adalah sifar. Jika kita mencuba, sekurang-kurangnya kita ada peluang.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.