Skip to main content

Singapura

Lebih banyak syarikat cuba raih potensi teknologi lindungi data sensitif: IMDA

Lebih banyak syarikat akan menerima bantuan yang diperlukan bagi melindungi data sensitif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jul 2025 06:50PM Dikemas Kini : 08 Jul 2025 10:31PM
SINGAPURA: Lebih banyak syarikat akan menerima bantuan yang diperlukan bagi melindungi data sensitif.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) memberikan komitmen untuk menanggung sehingga 50 peratus biaya menggunakan teknologi baharu bagi meningkatkan privasi atau PET.

Teknologi PET membolehkan perniagaan - besar dan kecil - untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat secara selamat tanpa mendedahkan butiran peribadi.

Sejauh ini, sembilan syarikat menggunakan wadah ujian yang disediakan IMDA untuk berinovasi secara selamat.

Contohnya syarikat Jepun, Kajima, yang ingin membawa sektor hartanah, binaan dan kejuruteraan ke tahap seterusnya.

Syarikat itu mengumpul dan mengkaji data biometrik daripada kakitangannya, antaranya dengan menggunakan kamera, bagi membina ruang yang lebih baik di masa depan.

Untuk memastikan tiada maklumat peribadi dikongsi, ia menggunakan Teknologi Meningkatkan Privasi (PET).

"Kami tidak mahu melakukan perkara yang mungkin menjejas kepercayaan yang mereka letakkan kepada kami.

"Jadi dengan menggunakan PET, kami dapat sembunyikan data yang kami kumpulkan dengan secukupnya supaya ia tiada sifat-sifat tertentu.

"Namun, ia masih dapat beri kami maklum balas berharga yang digunakan untuk menjadikan kami pereka ruang yang lebih baik," kata Pengarah Urusan The Gear by Kajima, Luke Wu.

Di acara Minggu Perlindungan Data Peribadi, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menjelaskan bahawa teknologi tersebut membolehkan perkongsian data merentasi sempadan.

Lantas, IMDA sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat global untuk membantu perniagaan menggunakannya.

Menurut seorang pemerhati pasaran, ini juga merupakan peluang baik bagi industri sains data untuk berkembang lebih lanjut.
Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita