Lebih banyak sukarelawan diperlukan tangani jumlah kes bunuh diri dengan paras tertinggi dalam dua dekad
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sebanyak 476 kes bunuh diri dilaporkan di Singapura pada 2022, jumlah yang tertinggi sejak tahun 2000.
Menurut kenyataan sebuah agensi pencegahan bunuh diri tidak meraih keuntungan, Samaritans of Singapore (SOS), jumlah itu meningkat 25.9 peratus daripada 2021, dengan kenaikan sebanyak 98 kes.
Peningkatan dalam kes kematian akibat bunuh diri disaksikan dalam kalangan semua golongan umur, terutama sekali golongan belia dan warga emas.
Lebih daripada suku jumlah kes merupakan mereka yang berumur di antara 10 hingga 29 tahun, iaitu kumpulan usia yang mana membunuh diri adalah punca utama kematian.
Individu yang berusia antara 70 hingga 79 tahun juga mencatat kenaikan tertinggi - sebanyak 60 peratus - dalam jumlah kematian akibat bunuh diri berbanding tahun lalu. Ia juga meningkat kepada 48 kes, berbanding 30 kes sebelum ini.
Pertubuhan itu, yang menjalankan talian khusus bagi membantu mereka yang berniat membunuh diri, menerima 57,000 panggilan bantuan tahun lalu, iaitu peningkatan 7 peratus tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.
Perkhidmatan mesej 24 jam CareText melalui WhatsApp pula menerima 22,000 pesanan mesej tahun lalu, lebih seganda berbanding tahun sebelum itu.
MEMERLUKAN LEBIH BANYAK SUKARELAWAN
Dengan lebih banyak permintaan bagi mendapatkan bantuan, agensi itu sedang mencari lebih ramai sukarelawan untuk tampil dan dilatih supaya dapat berkhidmat sebagai tempat perhubungan.
Menurut agensi, responden pertama ini, yang boleh juga merupakan seorang kawan, ahli keluarga atau pejalan kaki yang lalu lalang, dapat memastikan mereka yang memerlukan bantuan mendapatkannya lebih awal lagi.
"Semua orang perlu membantu dalam hal ini, bunuh diri adalah urusan semua orang," kata Cik Charlene Heng, timbalan pengarah latihan dan pembangunan SOS.
"Kami berharap dapat melengkapi sesiapa sahaja - benar-benar sesiapa sahaja - dengan kemahiran responden pertama supaya sesiapa sahaja di jalanan boleh menjadi tempat perhubungan kepada sesiapa sahaja yang mengalami krisis emosi, supaya mereka tidak (ke tahap membunuh diri)," katanya .
Beliau berkata bahawa sukarelawan ini juga akan dilatih untuk meredakan situasi, atau menghubungi bantuan yang berkaitan jika mereka tidak dapat membantu dengan sewajarnya.
Sepanjang tahun lalu, pertubuhan itu telah melatih 2,000 orang untuk membantu mereka yang memerlukan.
Menurut Cik Heng, SOS tidak menpunyai sukarelawan berkemahiran yang mencukupi dalam pengumpulan dana, sumber manusia, teknologi maklumat, kewangan dan pembangunan organisasi.
Sukarelawan yang menguruskan talian bantuan perlu menjalani latihan selama 10 bulan. Mereka dilatih untuk mendengar rayuan, memberi jawapan yang prihatin, menilai risiko dan melindungi identiti pemanggil sebelum mereka dibenarkan menjawab panggilan yang dikawal selia.
BEKERJASAMA DENGAN BELIA
Satu lagi agensi perkhidmatan sosial, Khidmat Masyarakat TOUCH, yang mempunyai berbagai program untuk membantu belia yang berdepan kesukaran, kini berusaha untuk meningkatkan jumlah anak-anak muda yang boleh membantu rakan-rakan mereka.
Pertubuhan ini menjalankan sesi bagi individu, ibu bapa dan keluarga secara kerap untuk memberi mereka kemahiran bagi mengenal pasti punca-punca serta meneroka huraiannya. Ia juga mempunya talian bantuan bagi orang awam, yang diuruskan oleh pekerja sosial dan kaunselor untuk memberikan sokongan emosi dan khidmat kaunseling.
Cik Chow berkata bahawa terdapat keperluan untuk memastikan bahawa orang ramai lebih terlatih untuk mengenal pasti tanda-tanda dan mendampingi mereka yang sedang mengalami masalah.
Berikut adalah talian bantuan yang boleh anda hubungi sekiranya anda berdepan masalah:
- Hotline Samaritans of Singapore
1767
- Institut Kesihatan Mental (IMH)
6389 2222
- Talian Bantuan Persatuan Kesihatan Mental Singapura
1800 283 7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa menerusi pautan ini.
Jika seseorang yang anda kenali memerlukan bantuan segera, anda boleh menghubungi talian khidmat kecemasan 24 jam.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.