Lebih banyak subsidi, sokongan khidmat jagaan jangka panjang warga emas mulai Jul 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Butiran lanjut tentang bagaimana pemerintah akan mempertingkatkan sokongan untuk jagaan jangka panjang warga emas diumumkan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Jumaat (7 Mac).
Rancangan itu, yang pertama kali diperkenalkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam Kenyataan Belanjawan 2025 pada 18 Feb, bertujuan untuk menangani keperluan penduduk yang semakin menua.
Encik Ong berkata dengan penduduk yang semakin menua, perbelanjaan operasi jagaan jangka panjang tahunan Singapura meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu, daripada S$1.7 bilion kepada sekitar S$3 bilion, dan terus meningkat.
Buat masa ini, pemerintah memberi subsidi jagaan jangka panjang untuk warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) untuk warga emas daripada isi rumah dengan pendapatan bulanan per kapita sebanyak S$3,600 dan lebih rendah daripada itu. Isi rumah tanpa pendapatan diberi subsidi jika nilai tahunan rumah mereka adalah S$21,000 atau lebih rendah.
Subsidi maksimum untuk rakyat Singapura kini sebanyak 75 peratus, manakala bagi PR ialah 50 peratus.
Mulai Julai 2026, subsidi maksimum untuk rakyat Singapura yang memerlukan jagaan jangka panjang di rumah akan dinaikkan kepada 80 peratus, dedah Kementerian Kesihatan (MOH). Ini akan terpakai bagi rakyat Singapura yang lahir pada tahun 1969 atau lebih awal, yang pendapatan isi rumah per kapita adalah S$1,500 dan lebih rendah.
Secara keseluruhannya, subsidi bagi semua peringkat pendapatan yang layak akan dinaikkan sehingga 15 peratusan mata. Lebih banyak isi rumah juga akan layak kerana siling pendapatan isi rumah per kapita untuk melayakkan diri akan meningkat daripada S$3,600 kepada S$4,800.

Rakyat Singapura yang lahir pada tahun 1969 atau lebih awal akan menerima tambahan 5 peratusan mata dalam subsidi untuk jagaan di rumah dan tambahan 15 peratusan mata untuk jagaan di rumah dan dalam masyarakat. Ini kerana mereka tidak dilindungi dengan baik oleh skim insurans nasional seperti CareShield Hayat, kata MOH.
Penjagaan jangka panjang di rumah dan dalam masyarakat termasuk pemulihan aktif, khidmat jagaan di pusat jagaan, jagaan siang hari demensia, perubatan di rumah, khidmat jagaan dan penjagaan diri. Ia juga meliputi jagaan siang hari dan senaman, terapi di rumah, 'Meals on Wheels', pengiring perubatan, pengangkutan dan khidmat pemulihan hari psikiatri.
Bagi warga emas yang lahir pada 1969 atau lebih awal, subsidi maksimum untuk jagaan di rumah dan jangka panjang dalam masyarakat ialah 95 peratus untuk isi rumah dengan pendapatan per kapita S$1,500 dan lebih rendah. Ini juga terpakai bagi isi rumah tanpa pendapatan dan nilai tahunan rumah mereka adalah S$21,000 dan lebih rendah.
Dengan subsidi yang dipertingkatkan itu berkuat kuasa mulai Julai tahun depan, buat sementara waktu, khidmat jagaan jangka panjang bersubsidi MOH akan memberikan rebat yuran sekali sahaja antara Julai 2025 dan Jun 2026.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.