Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan untuk pekerja pertengahan kerjaya; majikan juga perlu main peranan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jan 2023 06:20PM Dikemas Kini : 05 Jan 2023 08:54PM
SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) akan menyemak cara pembelajaran sepanjang hayat dibiayai demi menyokong pekerja pertengahan kerjaya dengan lebih baik agar kekal relevan dan berdaya saing.

Penyemakan semula tersebut antara lain meninjau bagaimana untuk membimbing pekerja pertengahan kerjaya yang "berisiko", dan bagaimana untuk membantu pelajar pertengahan kerjaya untuk mengimbangi pembelajaran sepanjang hayat, memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab keluarga dan kewangan untuk digalas.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing
berkata demikian semasa ucaptama pada permulaan persidangan 'Singapore Perspectives 2023' anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) pada Khamis (5 Jan) di Shaw Foundation Alumni House. Forum tersebut akan diadakan sehingga 9 Januari.

Ucapan Encik Chan, yang disiarkan secara langsung di platform online dan dihadiri sekitar 750 penonton, menyentuh tentang cabaran yang dihadapi Singapura dalam dunia yang dibelenggu dan dibelah bagi disebabkan geopolitik antara kuasa besar, dan visi beliau mengenai bagaimana sistem pendidikan boleh kekal "relevan seiring dengan masa".

MENGAPA IA PENTING?

Menteri Pendidikan itu mengatakan bahawa trend ketersambungan digital dan kerja jarak jauh, antarannya, menunjukkan bahawa sistem pendidikan Singapura jelas berkembang pesat.

Oleh hal demikian, Singapura memperuntukkan pelaburan yang banyak dalam mendedahkan pelajar kepada dunia yang lebih besar, menghantar mereka ke luar negara dan mengiringi mereka dalam "laluan yang kurang dirintasi".

APAKAH YANG DIPERLUKAN SEMAKAN ITU?

Encik Chan tidak memberikan garis masa bagi semakan tersebut, bagaimanapun, beliau berkata idea bagi membantu pekerja pertengahan kerjaya timbul daripada maklum balas yang dikumpul semasa perbincangan Melakar Hala Tuju Singapura.

Dalam ucapannya, Encik Chan menggesa syarikat-syarikat supaya memainkan peranan lebih aktif dalam pendidikan, serta membayar gaji berdasarkan kemahiran serta sumbangan pekerja, dan bukan sijil kelayakan semata-mata.

Selain sikap pekerja, ada juga keperluan untuk mengkaji semula amalan-amalan dan keupayaan industri bagi menjayakan agenda pembelajaran sepanjang hayat.

Encik Chan bertegas bahawa "industri tidak boleh dan tidak sepatutnya menunggu (lama) untuk 'pekerja sempurna' dibangunkan untuk mereka". Dengan itu, beliau menyeru syarikat-syarikat untuk menjadi "rakan aktif" dalam memupuk minat pelajar dan membina kemahiran mereka sebelum mereka melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Pemimpin korporat digalakkan untuk menyertai badan penasihat sekolah, program menyokong pembelajaran gunaan, dan memberi inspirasi kepada para belia. Syarikat juga harus bekerjasama dengan ahli akademik untuk terus memberi latihan kepada pekerja mereka meskipun setelah mereka menyertai tenaga kerja.

Pada penghujung ucapannya, Encik Chan juga menggesa syarikat-syarikat untuk bekerjasama dalam merapatkan jurang gaji antara graduan dan bukan graduan, pemegang diploma dan bukan pemegang diploma. Sekiranya ia tidak dilaksanakan, tiada sebarang usaha penekanan mengenai pelbagai laluan untuk mencapai kejayaan, berkesan sama sekali.

Beliau mengulangi hujah demikian yang dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong tahun lalu berhubung jurang gaji yang kian meningkat berdasarkan tahap pendidikan.
Sumber : Today/ZM/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan