Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan untuk keluarga SG kekal sihat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2023 10:59PM Dikemas Kini : 03 Mar 2023 11:55PM
SINGAPURA: Para pesakit kronik boleh mendapatkan ubat-ubatan mereka dari Doktor Keluarga atau klinik doktor GP tertentu pada harga setara dengan yang dikenakan di poliklinik, apabila subsidi berperingkat baru diperkenalkan pada awal tahun depan.

Di bawah subsidi berperingkat baru itu, ubat-ubat tertentu akan diberi subsidi sehingga 87.5 peratus.

Perubahan itu dilakukan di bawah program Singapura Lebih Sihat atau Healthier S-G yang menggalakkan rakyat Singapura berjumpa doktor keluarga yang sama bagi langkah pencegahan penyakit.

Semasa perbahasan Parlimen mengenai peruntukan belanjawan bagi Kementerian Kesihatan (MOH), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata selain ubat-ubatan, subsidi berperingkat baru itu juga meliputi perkhidmatan lain seperti bayaran konsultasi doktor dan ujian yang perlu dilakukan.

Jumlahnya dihadkan kepada S$360 setahun.

Senarai ubat-ubatan yang mendapat subsidi lebih tinggi itu belum didedahkan.

Namun ia akan meliputi ubat-ubatan yang biasanya digunakan di poliklinik bagi penyakit-penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Bagi membantu orang ramai menguruskan penyakit kronik mereka, pihak berkuasa juga sudah menghapuskan skim bayaran tunai bersama sebanyak 15 peratus.

Mulai tahun depan, mereka boleh menggunakan MediSave untuk membayar sepenuhnya bagi rawatan di klinik, dalam had pengeluaran MediSave yang ditetapkan.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan