Skip to main content

Singapura

Lebih banyak sokongan untuk cipta kumpulan karyawan kemampanan dalam sektor logistik

Sebuah program baharu akan bantu mengembangkan golongan karyawan kemampanan bagi industri logistik dalam jangka dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Feb 2025 10:01PM Dikemas Kini : 10 Feb 2025 10:36PM
SINGAPURA: Sebuah program baharu akan bantu mengembangkan golongan karyawan kemampanan bagi industri logistik dalam jangka dua tahun.

Para pemimpin industri itu dapat melaksanakan amalan mampan, beralih kepada huraian digital yang mesra alam dan menetapkan laporan rangka kerja untuk lebih banyak syarikat dalam sektor yang sama.

Sektor logistik bertanggungjawab atas sekurang-kurangnya tujuh peratus pengeluaran gas rumah hijau global dan jumlah itu boleh meningkat sebanyak 40 peratus menjelang 2050 tanpa sebarang campur tangan.

Dengan keperluan yang semakin meningkat, program baharu itu akan melengkapkan pekerja logistik dengan kemahiran seperti mengesan karbon dan memantau pengeluaran gas.

Persatuan Logistik Singapura (SLA) juga meningkatkan usaha ke arah pendigitalian dan pengembangan global.

Ia menandatangani enam Memorandum Persefahaman bersama kumpulan-kumpulan industri dan syarikat privet untuk mendorong pertumbuhan.

"Mengembangkan bakat, mencari pemain baharu, rakan kongsi baharu, bukan sahaja berkembang secara organik tetapi juga melalui kerjasama.

"Ia menunjukkan komitmen sektor kita untuk terus meningkatkan diri, mencari peluang dalam kemampanan, mengamalkan huraian teknologi, berkembang ke luar negara serta menggalak aliran perdagangan," kata Menteri Negara bagi Perdagangan dan Perusahaan, Alvin Tan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita