Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan, penghargaan diperlukan bagi golongan ibu

Para peserta juga menyarankan aturan kerja yang lebih fleksibel, sokongan yang lebih khusus untuk para ibu dengan anak berbilang usia serta sokongan bagi mereka meningkatkan kemahiran digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jun 2021 09:46PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 09:50PM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan dan penghargaan bagi golongan ibu diperlukan.

Ini termasuk subsidi tambahan untuk penjagaan anak dan pengiktirafan awam terhadap kemahiran seseorang ibu oleh para majikan dan pemerintah.

Ini merupakan antara isu yang ditimbulkan para peserta dalam sesi perkongsian tentang isu wanita anjuran Jamiyah Singapura.

Para peserta juga menyarankan aturan kerja yang lebih fleksibel, sokongan yang lebih khusus untuk para ibu dengan anak berbilang usia serta sokongan bagi mereka meningkatkan kemahiran digital.

Sekitar 100 orang dari sektor awam dan privet mengambil bahagian dalam acara secara maya itu.

Hasil perbincangan dalam acara berkenaan akan digabungkan dalam satu laporan.

Ia juga akan dirangkumkan dalam Kertas Putih pemerintah mengenai Wanita Singapura.

Pencalonan bagi Anugerah Ibu Teladan ke-28 Jamiyah Singapura juga dilancarkan pada Sabtu (12 Jun).

Ia bertujuan mengiktiraf pengorbanan dan ketabahan kaum ibu dalam mengharungi pelbagai dugaan dalam hidup.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan