Lebih banyak sokongan pendidikan, pekerjaan dan kesihatan untuk golongan kurang upaya, keluarga mereka
Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan Bertindak Jaminan Keluarga dengan Orang Kurang Upaya membentangkan saranan-saranan semasa sidang media pada Jumaat (2 Okt).
More support in education, employment and health for person with disabilities and their families
- The Taskforce on the Assurance Package for Families with Persons with Disabilities proposed more comprehensive support in Singapore, covering education, employment, health, community care and long-term planning.
- From 2027, students with disabilities will receive greater exposure to work, career guidance and transition support to ITE or polytechnics, particularly SPED graduates.
- SG Enable will set up an Employment Support Office, while employers will receive enhanced grants and credits to help workers with disabilities build and sustain their careers.
- Polyclinics, community and family centres will receive new support, including staff training, a Health Communication Passport, additional hubs, Future Care Planning and higher subsidies by 2028.
- Pasukan Bertindak Jaminan Keluarga dengan Orang Kurang Upaya mengusulkan sokongan lebih menyeluruh di Singapura, merangkumi pendidikan, pekerjaan, kesihatan, penjagaan masyarakat dan perancangan jangka panjang.
- Mulai 2027, pelajar kurang upaya akan menerima lebih banyak pendedahan kerja, bimbingan kerjaya dan sokongan peralihan ke ITE atau politeknik, khususnya lulusan SPED.
- SG Enable akan menubuhkan Pejabat Sokongan Pekerjaan, sementara majikan menerima geran dan kredit dipertingkat bagi membantu pekerja kurang upaya membina serta mengekalkan kerjaya.
- Poliklinik, pusat masyarakat dan keluarga akan menerima sokongan baharu, termasuk latihan kakitangan, Pasport Komunikasi Kesihatan, hab tambahan, Future Care Planning dan subsidi lebih tinggi menjelang 2028.
SINGAPURA: Golongan kurang upaya dan keluarga mereka akan menerima lebih banyak sokongan dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan, sedang pemerintah memperkukuh bantuan bagi memastikan mereka mendapat sokongan yang lebih berterusan di setiap peringkat kehidupan.
Langkah-langkah baharu itu termasuk menyediakan lebih banyak pendedahan kepada alam pekerjaan bagi pelajar kurang upaya, memperkukuh sokongan kerjaya selepas mereka memasuki alam pekerjaan serta meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan yang lebih sesuai dengan keperluan individu.
Ia merupakan antara saranan Pasukan Bertindak Jaminan Keluarga dengan Orang Kurang Upaya yang dibentangkan semasa sidang media pada Jumaat (2 Okt).
PERSEDIAAN KERJA BERMULA DI SEKOLAH
Mulai 2027, pelajar kurang upaya akan mendapat lebih banyak peluang untuk membina kemahiran berkaitan pekerjaan serta pendedahan kepada alam kerja sebelum mereka meninggalkan sekolah.
Lulusan Sekolah Pendidikan Khas (SPED) yang melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik juga akan mendapat sokongan peralihan khusus.
Program itu termasuk sesi membiasakan diri dengan kampus dan program percubaan bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pendidikan baharu.
Bimbingan pendidikan dan kerjaya juga akan diberikan lebih awal supaya pelajar dapat memilih kursus dan laluan pekerjaan yang lebih sejajar dengan kekuatan serta aspirasi masing-masing.
Anggota Pasukan Bertindak Jaminan Keluarga dengan Orang Kurang Upaya, Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Negara, Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata antara kebimbangan utama keluarga ialah apa yang berlaku selepas anak mereka tamat sekolah SPED.
“Kami memahami bahawa keluarga dan penjaga sering bimbang tentang apa yang akan berlaku selepas anak anak mereka tamat pengajian dari sekolah SPED dan sama ada mereka akan terus mendapat sokongan setelah tamatnya waktu persekolahan mereka.
"Kami juga turut dapati bahawa lebih banyak boleh dilakukan untuk menyediakan pelajar pelajar kurang upaya dengan kemahiran dan keyakinan yang diperlukan bagi mencari dan mengekalkan pekerjaan yang sesuai dan seiringan dengan kekuatan, minat dan juga aspirasi mereka,” kata Dr Syed Harun.
Persediaan bagi pekerjaan juga akan diperkukuh di sekolah SPED yang menawarkan kurikulum nasional kepada pelajar dengan autisme.
Sekitar 900 pelajar peringkat menengah di dua sekolah kini terlibat, dengan jumlah itu dijangka bertambah apabila lebih banyak sekolah SPED memperluas program mereka ke peringkat menengah.
Di bawah rancangan pemerintah, MOE akan meningkatkan pembelajaran gunaan, pembangunan kemahiran berkaitan pekerjaan dan kemahiran insaniah serta menyediakan lebih banyak peluang pendedahan kepada pekerjaan mulai 2027.
SOKONGAN UNTUK BINA DAN KEKALKAN PEKERJAAN
Bagi golongan kurang upaya yang sudah memasuki alam pekerjaan pula, sebuah Pejabat Sokongan Pekerjaan (ESO) baharu akan ditubuhkan oleh SG Enable sebagai pusat sehenti bagi mendapatkan khidmat seperti nasihat kerjaya, peningkatan kemahiran dan sokongan pekerjaan.
Matlamatnya adalah untuk beralih daripada pendekatan yang hanya menumpukan usaha mendapatkan pekerjaan kepada membantu golongan kurang upaya membina dan mengekalkan kerjaya dalam jangka panjang.
Pejabat itu juga akan bekerjasama dengan majikan untuk mengenal pasti serta mereka bentuk semula pekerjaan yang sesuai, termasuk peluang baharu yang muncul daripada perubahan model perniagaan dan teknologi.
Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada separuh kedua 2027.
Mulai 2028, individu yang memerlukan tahap sokongan pekerjaan lebih tinggi juga boleh menerima bimbingan pekerjaan untuk tempoh lebih panjang sehingga 12 bulan pada masa ini.
Majikan pula akan mendapat lebih banyak bantuan untuk mengambil, mengintegrasi dan mengekalkan pekerja kurang upaya.
Sebuah Geran Pemerkasaan Pekerjaan baharu akan menggabungkan dan mempertingkat skim pembiayaan sedia ada, sekali gus memudahkan syarikat mendapatkan bantuan bagi penyesuaian tempat kerja, latihan dalaman dan khidmat jurulatih pekerjaan.
Geran itu dijangka dilancarkan pada separuh pertama 2027.
Pada masa sama, Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya akan dipertingkat dengan sokongan gaji lebih besar, termasuk bagi majikan yang mengambil individu kurang upaya yang sudah lama tidak bekerja.
Usaha itu turut bertujuan memperluas jenis pekerjaan yang boleh diceburi golongan kurang upaya, termasuk menerusi latihan berasaskan sektor dalam bidang seperti hospitaliti, penjagaan kesihatan dan logistik.
SOKONGAN LEBIH MENYELURUH UNTUK PESAKIT KURANG UPAYA
Sokongan penjagaan kesihatan juga akan diperkukuh, khususnya bagi individu dengan ketidakupayaan intelektual dan autisme.
Menteri Negara Kesihatan Cik Rahayu yang juga anggota Pasukan Bertindak Jaminan Keluarga dengan Orang Kurang Upaya berkata antara cabaran yang dikongsi keluarga ialah kesukaran mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses dan dapat disesuaikan dengan keperluan individu.
“Terutama sekali golongan kurang upaya intelektual dan autisme menyatakan cabaran dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Mungkin mereka kurang difahami. Mereka perlu lebih masa untuk menjelaskan keadaan mereka. Jadi ini adalah antara cabaran yang mereka hadapi.
"Kedua apa yang kita lihat adalah keluarga yang punya anak-anak ataupun ahli keluarga yang kurang upaya yang lebih mencabar kadangkala mendapati ianya sukar untuk membawa ahli keluarga mereka itu ke institusi perubatan kita. Jadi, mereka menyatakan mungkin mereka akan terganggu dengan bunyi bising ataupun keadaan yang ramai orang. Jadi, mereka perlukan mungkin bantuan dalam masa itu," kongsi Cik Rahayu.
Mulai 2027, kakitangan barisan hadapan di semua poliklinik akan dilatih untuk memahami dan memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik.
Sebuah Pasport Komunikasi Kesihatan pula akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula di beberapa poliklinik terpilih.
Dokumen itu akan mengandungi maklumat penting mengenai cara seseorang berkomunikasi serta sokongan yang diperlukannya supaya kakitangan kesihatan dapat membuat persediaan lebih awal sebelum temu janji.
Bagi individu dengan keperluan lebih kompleks, sekurang-kurangnya tiga poliklinik akan menawarkan sokongan tambahan menjelang 2028.
Antaranya termasuk persediaan sebelum lawatan, masa konsultasi lebih panjang jika diperlukan, penglibatan lebih rapat dengan penjaga serta bantuan untuk menjalani temu janji dan rawatan susulan.
PUSAT KEGIATAN, BENGKEL TERLINDUNG TUMPU KEPADA PEMBANGUNAN KEUPAYAAN, KEHIDUPAN BERDIKARI
Model penjagaan masyarakat bagi golongan kurang upaya juga akan dirombak supaya tumpuan tidak hanya diberikan kepada penjagaan, tetapi juga kepada pembangunan keupayaan dan kehidupan lebih berdikari.
Pusat Kegiatan Siang Hari dan Bengkel Terlindung akan secara berperingkat berubah menjadi Pusat Pemerkasaan Kemahiran.
Melalui Program Pemerkasaan Kemahiran Hidup, individu kurang upaya akan terus membina kemahiran bagi kehidupan berdikari, penyertaan dalam masyarakat dan kebolehpasaran.
Kapasiti Pusat Kegiatan Siang Hari dan Bengkel Terlindung pula akan diperluas sebanyak 2,300 tempat di seluruh Singapura menjelang 2030.
Selain itu, sembilan lagi Hab Khidmat Pengupayaan akan dibuka menjelang 2028, menjadikan jumlah keseluruhan 12 hab.
Hab-hab itu akan menawarkan kegiatan masyarakat, sokongan bagi penjaga serta rujukan kepada khidmat bagi golongan kurang upaya.
KELUARGA DIBANTU RANCANG KEPERLUAN JANGKA PANJANG LEBIH AWAL
Selain pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan, pemerintah juga mahu membantu keluarga merancang lebih awal bagi keperluan jangka panjang anggota keluarga mereka yang kurang upaya.
Mulai 2027, MSF dan SG Enable akan memperkenalkan secara berperingkat sokongan Future Care Planning, dengan seorang perancang penjagaan membantu keluarga mengenal pasti keperluan semasa dan masa depan, merancang langkah seterusnya serta menghubungkan mereka dengan khidmat yang sesuai.
Kos khidmat bagi golongan kurang upaya dewasa juga akan dikurangkan menjelang 2028.
Subsidi berdasarkan kemampuan akan dinaikkan sekurang-kurangnya 10 mata peratusan bagi kebanyakan keluarga, manakala had kelayakan subsidi akan dinaikkan daripada pendapatan isi rumah per kapita S$4,800 kepada sekitar S$6,000.
Langkah itu dijangka membolehkan sekitar lapan daripada 10 isi rumah yang menggunakan khidmat bagi golongan kurang upaya menerima subsidi, berbanding tujuh daripada 10 sekarang.
Secara keseluruhan, saranan pasukan petugas itu memberi tumpuan kepada tiga perubahan utama — membantu keluarga merancang lebih awal, menyokong golongan kurang upaya untuk mendapatkan dan berkembang dalam pekerjaan, serta membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna dalam masyarakat.
"Saranan yang telah diketengahkan oleh pasukan petugas ini bertujuan untuk memberikan mereka (golongan kurang upaya dan keluarga mereka) jaminan dan memperkasakan sokongan yang sedia ada, memberikan mereka jaminan kepada golongan ini dengan keluarga mereka yang mereka akan diberi sokongan pada setiap peringkat kehidupan mereka," kata Cik Rahayu.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.