Skip to main content

Singapura

Lebih banyak sokongan, latihan diusulkan jelang pelaksanaan Akta Keadilan di Tempat Kerja

Satu tinjauan mendapati bahawa para pengurus mahukan lebih banyak sokongan dan latihan, menjelang pelaksanaan Akta Keadilan di Tempat Kerja, yang dijadual berkuat kuasa pada 2027.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Aug 2025 07:50PM Dikemas Kini : 21 Aug 2025 11:12PM
SINGAPURA: Satu tinjauan mendapati bahawa para pengurus mahukan lebih banyak sokongan dan latihan, menjelang pelaksanaan Akta Keadilan di Tempat Kerja, yang dijadual berkuat kuasa pada 2027.

Akta yang diperkenalkan pada Januari itu bertujuan melindungi para pekerja daripada diskriminasi.

Apabila akta tersebut berkuat kuasa, ia menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang bagi majikan untuk membuat keputusan seperti mengambil dan memecat pekerja berdasarkan ciri-ciri seperti kewarganegaraan, jantina atau umur.

Tinjauan Hab Pembelajaran NTUC melibatkan 200 pengurus mendapati satu dalam setiap tiga pengurus pernah mendengar tentang akta tersebut, namun tidak mengetahui perinciannya.

Hampir 20 peratus pula belum pernah mendengarnya.

Lebih separuh daripada mereka juga berpendapat bahawa sokongan kepimpinan yang lebih kuat diperlukan.

Latihan bersasar serta kedudukan lebih jelas berkaitan peranan dan tanggungjawab juga diinginkan mereka.

Ada juga yang menyarankan tempoh latihan yang lebih kerap dan akses kepada kepakaran luar.

"Saya fikir untuk memastikan keadilan ini meresap di tempat kerja, pelbagai pihak memainkan peranan. Kepimpinan kita ada sebut, HR. Kita ada sebut pengambilan pekerja, para pengurusnya, serta pihak atasannya yang menerima laporan menurut struktur.

"Jadi saya fikir latihan harus meresap ke semua peringkat ini untuk membantu setiap pemain dalam ekosistem itu melakukan peranan mereka dengan lebih baik," kata Ketua Pegawai Sumber Manusia, Hab Pembelajaran NTUC, Sean Lim.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita