Skip to main content

Singapura

Lebih banyak sokongan kepada guru pendidikan awal kanak-kanak; peluang pertingkat kemahiran & kerjaya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Oct 2023 07:35PM Dikemas Kini : 13 Oct 2023 10:38PM
SINGAPURA: Singapura akan mempertingkatkan sokongan kepada tenaga pengajar di sektor pendidikan awal kanak-kanak agar mereka boleh mengakses lebih banyak peluang demi kemajuan kerjaya mereka.

Ia akan dilakukan di bawah satu pelan hala tuju yang dikemas kini bagi para pendidik tersebut melakarkan pembangunan profesional mereka.

Mereka boleh mengenal pasti kursus yang relevan untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Pelan hala tuju itu juga kini meliputi semua bidang tugas yang terdapat dalam sektor tersebut.

Perinciannya diumumkan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli semasa majlis penyampaian anugerah Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada Jumaat (13 Okt).

Encik Masagos berkata pemerintah komited untuk menjaga kesejahteraan para pendidik dan akan terus berusaha untuk mewujudkan keadaan pekerjaan yang baik untuk mereka.

"ECDA akan terus menyusun kursus CPD bermutu tinggi untuk melengkapkan para pendidik kita dengan pengetahuan dan kemahiran demi menyokong pembelajaran dan pembangunan anak-anak kita dengan berkesan," kata Encik Masagos.

"Saya yakin bahawa para pendidik kita akan mendapati bahawa Pelan Hala Tuju EC CPD adalah alat yang berguna untuk melakarkan laluan (kerjaya) anda dan menyokong perkembangan profesional anda," tambahnya.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita