Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan ditawarkan bagi golongan kurang upaya dan para penjaga di Tampines

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Aug 2023 09:17PM Dikemas Kini : 15 Aug 2023 07:26AM
SINGAPURA: Golongan kurang upaya dan para penjaga mereka akan mendapat lebih banyak sokongan masyarakat di Tampines.

Agensi-agensi khidmat sosial SG Enable dan SPD baru sahaja melancarkan Hab Enabling Services untuk membantu golongan berkenaan berkawan, berseronok dan belajar.

Hab tersebut akan menawarkan kelas bersenam, peluang menjadi sukarelawan serta kursus pembelajaran untuk meraih kemahiran digital dan cara untuk menguruskan wang.

Kesemua kegiatan ini ditawarkan di Kelab Masyarakat Tampines West.

Ia dibuka kepada para penduduk Bedok dan Tampines yang menghidapi autisme ataupun kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan deria.

Selain itu, para penjaga juga boleh memanfaatkan rangkaian sokongan dan khidmat jagaan singkat di tempat yang sama.

Ini agar mereka dapat berehat sebentar daripada tugas mereka.

Namun, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli berkata, lebih banyak lagi boleh dilakukan untuk membina masyarakat inklusif.

"Para penduduk boleh menjadi sukarelawan untuk menganjurkan perjumpaan atau kegiatan masyarakat yang boleh diakses," kata Encik Masagos.

"Rakan kongsi masyarakat pula boleh menjadikan acara dan aktivitinya lebih inklusif dan mudah diakses dan perniagaan tempatan boleh menawarkan peluang kerja bagi golongan kurang upaya," tambahnya.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan