Lebih banyak sokongan diperlukan bantu ibu bapa muda terlibat dalam pembangunan anak: Zaqy Mohamad
Lebih ramai pasangan muda kini membesarkan anak tanpa sokongan ibu bapa yang tinggal bersama mereka, menjadikan keperluan terhadap sumber dan sokongan keibubapaan semakin penting.
- Yayasan MENDAKI launched the Baby PlayKit at Raikan Ilmu@Heartlands in Marsiling-Yew Tee on Sep 26 to support young couples in Singapore.
- Zaqy Mohamad said many young couples are now raising children without both parents in the same household, making parenting support more necessary.
- The ReadySetLearn kit supports learning during the first three years through a parents’ guide, interactive fabric books and hand puppets.
- With guidance from KKH, HPB and early childhood educators, MENDAKI aims to distribute 5,000 kits a year to Malay/Muslim families.
- Yayasan MENDAKI melancarkan Baby PlayKit di Raikan Ilmu@Heartlands, Marsiling-Yew Tee pada 26 Sep untuk menyokong pasangan muda di Singapura.
- Zaqy Mohamad berkata ramai pasangan muda kini membesarkan anak tanpa ibu bapa serumah, menjadikan bantuan keibubapaan lebih diperlukan.
- Kit ReadySetLearn itu menyokong pembelajaran tiga tahun pertama melalui panduan ibu bapa, buku fabrik interaktif dan boneka tangan.
- Dengan panduan KKH, HPB dan pendidik awal, MENDAKI menyasar mengagihkan 5,000 kit setahun kepada keluarga Melayu/Islam.
SINGAPURA: Lebih ramai pasangan muda kini membesarkan anak tanpa sokongan ibu bapa yang tinggal bersama mereka, menjadikan keperluan terhadap sumber dan sokongan keibubapaan semakin penting.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad, berkata keadaan itu berbeza berbanding generasi terdahulu yang lazimnya boleh mendapatkan dorongan dan bantuan daripada ibu bapa dalam membesarkan anak.
“Ramai dalam kalangan pasangan muda hari ini tidak mempunyai ibu bapa yang tinggal bersama mereka. Bagi golongan ini, untuk menjaga anak atau menimang cahaya mata pertama, ia mungkin tidak begitu mudah,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pelancaran 'Baby PlayKit' oleh Yayasan MENDAKI di Raikan Ilmu@Heartlands di Marsiling-Yew Tee pada Sabtu (26 Sep).
'Baby PlayKit' merupakan satu inisiatif baharu untuk membantu keluarga muda memperkukuhkan persekitaran pembelajaran di rumah, khususnya dalam tempoh tiga tahun pertama kehidupan anak mereka.
BABY PLAYKIT SALAH SATU BENTUK SOKONGAN PRAKTIKAL
Menurut Encik Zaqy, 'Baby PlayKit' boleh menjadi salah satu bentuk sokongan praktikal kepada pasangan muda, khususnya dengan melibatkan diri secara aktif dalam perkembangan anak mereka.
"Kita melihat bagaimana perkembangan anak-anak di antara umur dari baru lahir hingga 3 tahun adalah masa yang ramai kata penting bagi mereka mendapatkan pendidikan, perkembangan minda mereka. Disini, melalui Baby PlayKit ini, saya berharap di mana kita dapat beri sokongan kepada pasangan muda bagi anak mereka. Oleh karena perkembangan dan penglibatan ibu bapa dalam menjadi guru pertama bagi anak mereka sangat penting."
Direka menerusi inisiatif ReadySetLearn (RSL) dan selaras dengan visi MENDAKI 2030 untuk membina keluarga yang lebih kukuh, Baby PlayKit mengandungi antaranya buku panduan untuk ibu bapa, buku cerita fabrik interaktif dan boneka tangan yang menyokong perkembangan kognitif, bahasa, motor dan kesedaran sosioemosi kanak-kanak.
Kit tersebut direka dengan panduan daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) serta pengamal pendidikan awal kanak-kanak daripada rangkaian profesional MENDAKI.
MENDAKI menyasarkan pengagihan 5,000 kit berkenaan setiap tahun kepada keluarga Melayu/Islam.
MENDAKI akan mengagihkan kit itu secara berperingkat melalui beberapa saluran, termasuk rakan kongsi prasekolah, pusat satelit MENDAKI, RaikanIlmu@Heartlands, Festival Keibubapaan RSL serta pendaftaran awam melalui lelaman web MENDAKI.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.