Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak sokongan akan dihulurkan kepada wanita mangsa keganasan keluarga

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kaum wanita yang menjadi mangsa keganasan keluarga mungkin mendapat lebih banyak perlindungan tidak lama lagi.

Antaranya, pilihan untuk berpindah ke tempat lebih selamat walaupun tiada bukti keganasan sudah berlaku.

Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, K Shanmugam berkata keadaan yang mana seorang wanita berasa takut akan keselamatannya namun suami menafikan akan memukulnya, biasa berlaku. 

Apabila langkah-langkah yang disarankan oleh pasukan bertindak mengenai keganasan keluarga dilaksanakan kelak, pihak berkuasa dapat menilai sama ada terdapat sebarang ancaman keganasan. 

"Isteri mungkin diberikan pilihan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat bergantung kepada fakta dan ia akan menjadi pilihan wanita itu walaupun tiada kesalahan jenayah berlaku.

"Beliau mempunyai pilihan untuk membawa anak-anaknya dan meninggalkan (rumah) dengan serta-merta, berpindah ke tempat lebih selamat dan kemudian menimbangkan  tentang langkah-langkah seterusnya dan bukan menghadapi ancaman keganasan. 

Ia mungkin termasuk berpindah ke tempat perlindungan sementara sambil menimbangkan tentang intervensi bagi tempoh jangka panjang," ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menambah, langkah itu akan membolehkan kedua-dua pihak untuk bertenang dan memberikan mereka peluang untuk berbaik semula. 

Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengambil langkah lebih lanjut bagi melindungi wanita. 

Saranan-saranan yang dikemukakan oleh pasukan bertindak tersebut telah diluluskan oleh pemerintah pada tahun lalu dan ia akan diperkenalkan pada tahun-tahun mendatang.

Di samping itu, beberapa inisiatif baru bagi mengurangkan ancaman online turut diumumkan di Parlimen hari ini. 

Ia termasuk sebuah bengkel bagi melengkapkan golongan belia dengan kemahiran demi membantu rakan sebaya yang menghadapi ancaman online. 

Satu ujian perintis juga akan dijalankan bagi menyediakan khidmat kaunseling kepada para mangsa.

Lebih 30 peratus daripada para peserta yang ditinjau berkata mereka telah menghadapi atau melihat ancaman online berdasarkan jantina atau kedua-duanya sekali.

Program pendidikan awal juga akan diperkenalkan bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai ancaman online serta menggalak keselamatan digital.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan