Lebih banyak sokongan akan dihulurkan kepada pekerja SG tahun ini, kata Menteri MOM Tan See Leng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata, bakal terdapat bidang-bidang utama yang dipertingkat bagi menyokong pekerja dengan lebih baik tahun ini.
Dalam Amanat Hari Buruh tahun ini, beliau memberi jaminan bahawa kementeriannya komited untuk memperkasa semua pekerja.
Antaranya, termasuk menggalakkan majikan untuk menghantar para pekerja ke luar negara supaya terdedah kepada pasaran baharu.
Satu undang-undang baharu juga akan diperkenalkan bagi melindungi pekerja daripada diskriminasi di tempat kerja.
Ia akan dikuatkuasakan pada separuh kedua tahun ini.
Pekerja yang diberhentikan pula boleh jangkakan satu skim bantuan baharu supaya mereka dapat bangkit semula.
Selain itu, pekerja bebas (gig) akan meraih perlindungan, termasuk pampasan untuk kecederaan di tempat kerja.
Sumbangan CPF bagi golongan pekerja ini juga akan dikuatkuasakan tahun ini.
Menurut Dr Tan, walaupun Singapura terjejas oleh kesan gangguan sekitaran global yang tidak menentu, negara ini diperkukuhkan oleh sikap saling percaya serta yakin rakyat Singapura antara satu sama lain.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.