Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak SME sertai program StartSAFE; pendaftaran naik seganda sebulan sejak Sep 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) memperhebatkan usaha meningkatkan keselamatan di tempat kerja.

Menurut Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), jumlah syarikat yang mendaftar bagi program StartSAFE secara purata naik seganda setiap bulan sejak September lalu.

Ini apabila tempoh keselamatan dipertingkat dikuatkuasakan bagi menangani peningkatan pada jumlah kematian di tempat kerja. Pada tahun ini sahaja, tujuh kematian dilaporkan.

Di bawah program StartSAFE, SME boleh menerima khidmat nasihat dan bimbingan secara percuma tentang cara meningkatkan piawaian keselamatan dan memperbaiki kelemahan.

Syarikat-syarikat tersebut juga akan mendapatkan laporan yang mengandungi saranan untuk meningkatkan keselamatan dan kesihatan para pekerja.

Selain menjalankan program StartSAFE dan kempen-kempen, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga akan lebih berusaha demi menangani punca masalah.

Singapura menyasar untuk mengurangkan kadar kematian di tempat kerja kepada kurang satu bagi setiap 100,000 pekerja menjelang 2028.

"Yang lebih penting adalah kita mahu menukar suasana pekerjaan kita supaya lebih selamat bagi pekerja dan ini kita menggunakan konsultan di mana pemerintah memberi subsidi di mana khidmat perunding cara ini percumalah bagi syarikat-syarikat yang kecil.

"Ini kerana kita mahu mereka memasuki program ini supaya kita membantu mereka untuk melihat operasi yang lebih selamat, melihat mereka lebih peka atau prihatin atas keselamatan pekerja," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan