Skip to main content

Singapura

Lebih banyak siasatan perlu dijalankan bagi 3 individu terbabit kes penipuan berkait cip Nvidia

Siasatan terhadap kes tiga lelaki yang dituduh melakukan penipuan yang mungkin dikaitkan dengan penghantaran cip Nvidia masih di peringkat awal, kata pendakwa raya pada Jumaat (27 Jun) ketika ia memohon mahkamah bagi penangguhan lanjut kes tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak siasatan perlu dijalankan bagi 3 individu terbabit kes penipuan berkait cip Nvidia

3 lelaki, dengan 2 daripadanya adalah warga Singapura, dipercayai memindahkan cip Nvidia ke China secara haram bagi mengelakkan sekatan eksport Amerika. (Gambar: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 27 Jun 2025 01:07PM Dikemas Kini : 27 Jun 2025 01:09PM
SINGAPURA: Siasatan terhadap kes tiga lelaki yang dituduh melakukan penipuan yang mungkin dikaitkan dengan penghantaran cip Nvidia masih di peringkat awal, kata pendakwa raya pada Jumaat (27 Jun) ketika ia memohon mahkamah bagi penangguhan lanjut kes tersebut.

Sudah empat bulan sejak rakyat Singapura Aaron Woon Guo Jie, 40 tahun dan Alan Wei Zhaolun, 49 tahun serta rakyat China Li Ming, 51 tahun, pertama kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan sebahagian besarnya kerana melakukan penipuan, melibatkan jumlah kira-kira AS$390 juta (S$519 juta).

Kes ketiga-tiga individu itu dibicarakan sekali lagi pada Jumaat di mahkamah.

Ketiga-tiga individu itu tidak hadir ke mahkamah kerana kehadiran mereka tidak diperlukan.

Pihak pendakwa memohon perbicaraan ditangguh selama lapan minggu lagi untuk polis menjalankan lebih banyak siasatan.

Timbalan Pendakwa Raya Phoebe Tan memberitahu mahkamah bahawa polis sedang menyiasat penunjuk dan menjalankan siasatan lanjut dari awal lagi.

Ketiga-tiga lelaki merupakan antara sembilan individu yang diberkas dalam serbuan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Kastam Singapura pada Februari lalu, selepas laporan media menyatakan perantara dalam negara ini terlibat dalam penghantaran cip-cip Nvidia secara haram ke China, memintas kawalan eksport Amerika.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita